Monday July 25/2016
OLEH: JOSEPH P ANDAU (KOTA BELUD)
FOTO: MASTIKA NGUN
FALSYAH
www//:sabahinsider14.blogspot.com
KOTA
BELUD:- Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidulfitri anjuran masyarakat setempat
yang di adakan di kediaman Saiman Hj Umbang Kampung Rampayan Laut dekat sini hari ini telah dihadiri lebih
7000 orang 97 peratus adalah para penyokong UMNO Kota Belud dan lain-lain
kawasan.
Datuk
Seri Shafie Hj Apdal adalah tetamu
kehormat setibanya di majlis tersebut
dengan sorakan sambil melaungkan Hidup Shafie Hidup Shafir.
Terdahulu
dalam ucapan alu-aluan Shafie antara lain berkata sudah tiba masanya kita
sebagai rakyat Sabah berjuang untuk Sabah erti kata sebenar Sabah for Sabahan.
“Saya
telah berjaya membawa masuk UMNO ke
Sabah bersama Arwah Tun Mustapha Datu Harun 30 tahun saya mengabdikan diri
berjuang untuk UMNO demi kemajuan rakyat Sabah akan tetapi para pemimpin UMNO
Pusat dan negeri sedikitpun tidak mengenang budi jasa yang saya taburkan itu.
Malahan
saya dikhianati oleh ahli-ahli majlis tertinggi UMNO pusat dan negeri gara-gara
saya membuat teguran mengenai penyelewengan 1MDB saya jadi mangsa pemecatan
jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan pengantungan keahlian saya
sebagai ahli UMNO. Katanya.
“Saya
harap suku bajau dan suku sulut dan
lain-lain bangsa khsusnya anak jati Sabah marilah kita bangkit untuk menentang
habis-habisan UMNO/BN untuk bertapak di bumi Sabah selepas PRU14 nanti” Jelas
Shafie
Kata
Sahfie lagi bangsa Cina-Kadazan-Murut-Dusun-Bajau dan Suluk termasuk
bangsa-bansa lain merupakan anak jati Sabah kini telah menolak mentah-mentah
UMNO/BN.
Ditanya
oleh wartawan mana satu parti beliau akan ceburi Shafie menjawab buat ini belum
ada mana-mana parti sama ada DAP-PKR dan AMANAH sebagai parti alternative
pilihannya.
Wartawan
media potal The Sabah Insider Online yang berada dimajlis tersebut hanya
sekejab saja sebab ada tugas-tugas lebih penting dan tak sempat mengikuti
perkembangan DS Shafie selanjutnya.
No comments:
Post a Comment