Oleh:Evangeline
Soraya Kigis
Tuesday
July 26/2016
www//sabahinsider14.blogspot.com
1.GERAKAN pembangkang
Sabah mendapat nafas baru dengan kehadiran Shafie Apdal yang memutuskan
hubungan dengan UMNO.
2.Selama ini hanya KDMR
dan Cina Sabah timbul kesedaran menuntut hak Sabah termaktub dalam MA63 dan
tanggungjawab persekutuan terhadap negeri ini yang tidak pernah ditunaikan.
3.Masalahnya
penyertaan bumiputra Islam atas tuntutan diatas amat lembab kerana hampir
kesemua pemimpinnya menyertai parti Melayu ini yang dianggap boleh membawa
kemajuan dan perpaduan...
4.Kini
Shafie Apdal dilihat dapat menyatupadukan bumiputra Islam dalam satu wadah
bergerak sama untuk menolak UMNO dari Sabah sebagai mana Tun Mustapha meniup
semangat pada awal kemerdekaan negeri ini.
5.Ramai
menunggu langkah seterusnya Shafie Apdal dalam kerangka menyatupadukan terutama
sukunya dan rakyat Sabah dibawa satu payung.
Langkah menolak menerima bergabungan dengan parti Tun M bakal tubuhkan amat melegakan semua pihak kerana kesungguhanya tidak bersekongkol dengan orang Malaya.
Langkah menolak menerima bergabungan dengan parti Tun M bakal tubuhkan amat melegakan semua pihak kerana kesungguhanya tidak bersekongkol dengan orang Malaya.
6.Shafie
wajar sedar dalam jelajahnya di seluruh Sabah perlu membawa isu isu yang besar
dan ketepikan isu yang remeh apalagi menyerang kelemahan pemimpin lain terutama
dari sukunya sendiri umpamanya Salleh dan Pandikar kerana dikalangan
pengikutnya ramai yang bersimpati dengan Shafie dengan berbagai faktor yang
lain.
7.Menyerang
pemimpin Kota Belud gagal membangun daerah mereka adalah membuka kritikan balas
kerana Semporna belum lagi sempurna dibawa pimpinan Shafie.
8.Shafie
perlu melihat isu dan sentimen Sabahan walaupun isu ini kurang wajar bagi
pemimpin berjiwa besar tetapi ini hakikat politik Sabah.
9.Sekadar
meraih simpati dari isu kehilangan jawatan dan kezaliman UMNO terhadap dirinya
tidak menjamin sokongan rakyat berterusan terhadap keberkesanan politiknya.
10.Rakyat
Sabah mengalu alukan kesedaran Shafie selama ini bersama UMNO satu kesilapan
besar telah melegakan rakyat Sabah dan seterusnya memohon Maaf atas segala
kesilapannya sepanjang karier politiknya bersama parti Melayu ibarat kacang
lupakan kulit.
11.Semoga
DSSA tidak menghampakan harapan seluruh rakyat Sabah membawa harapan dan sinar
baru dalam PRU14.
No comments:
Post a Comment