OLEH” E SORAYA KIGIS
www///:sabahinsider15.blogspot.com
Sunday July 24/2016
KALANGAN ramai terutama rakyat Sabah sedang menunggu penubuhan
jawatankuasa mengkaji hak hak Sabah antara lain tuntutan RM100 billion tertunggak dari cukai yang dipunggut dinegeri
ini yang diusahakan oleh Anifah Aman bersama beberapa tokoh dan pemimpin yang
perihatin dengan isu ini,perdana menteri telah bersetuju setelah menerima
resolusi hasil dua forum yang dianjurkan oleh pemimpin politik dan NGO yang
baru lalu.
Usaha ini ada yang
memberi "thump up" kepada Anifah Aman dan kumpulannya tidak kurang
juga kurang yakin dengan tuntutan ini berdasarkan sejarah layanan Malaysia
Barat selama ini terhadap Sabah dan Sarawak kurang diberi perhatian walaupun
penyumbang hasil utama selepas Selangor dan Pulau Pinang sehingga terjerumus
negeri yang tercorot dan termiskin dalam Malaysia.
Adalah diduga jawapan
Putra Jaya telah memberi komitmen terhadap Sabah sejak 1975 jauh melebihi dari
tuntutan jawatankuasa yang bakal dibentuk ini kerana telah menyumbang
peruntukan melebihi RM160 billion belanja pengurusan gaji tentera,guru guru dan
agensinya merangkumi peruntukan pembangunan fizikal dan bantuan membasmi
kemiskinan.
Kalaulah hukum rumah
tangga dijadikan rujukan yang mana ketua keluarga wajib memikul tanggung jawab
dan hak keluarganya sudah tentu alasan diatas tidak boleh diterima pakai.
Bukan itu persoalan yang
utama tetapi tuntutan ini bakal mengundang padah bilamana ditolak oleh Putra
Jaya dengan apa alasan sekali pun akan membawa jurang pertambahan rasa benci
rakyat Sabah sebagaimana RCI gagal mengubati hati rakyat Sabah dan mereka masih
terasa SAKITNYA TUH DISINI........
No comments:
Post a Comment