Friday July 15/2016
OLEH: SHAIMON S
JUMADI (SDK)
www:sabahinsider14.blogspot.com
LIBARAN:- Majlis Rumah Terbuka Raya Seribu Jemaah
akan diadakan di masjid Datuk Pengiran Galpam pada 17 Julai
2016 (bersamaan 12 Syawal 1437) hari ahad.
Majlis
tersebut akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga ke Solat Johor dan terbuka
kepada semua masyarakat di sekitar daerah Sandakan.
Pengurusi
penganjur majlis tersebut Datuk Hj Pengiran Abdul Rahman Pg Datuk Galpam (tiada
dalam gambar) menjelaskan tujuan pihak Jawatankuasa Masjid berkenaan
menganjurkan majlis rumah terbuka itu adalah untuk merapatkan siratulrahim untuk semua kaum tanpa mengira warna kulit
bangsa dan agama.
Kata
Pg Abdul Rahman lagi ada beberapa program menarik sempena majlis
tersebut antaramya penyapaian hadiah
kepada imam dan bilal yang
menjayakan solat Terawih sempena bulan Ramadan.
Penyampaian
saguhati kepada 10 orang Jemaah akhir, cabutan bertuah untuk umbrah dan lain-lain program lagi.
Menurut
Pg Abd Rahmah masjid Pengiran Galpam setiap hari jumaat orang yang mengerjakan
ibadat solat berjemaah tidak kurang dari
1,500 orang hingga 2,000 orang umat Islam yang terlibat.
Katanya
lagi sempena menyambut hari lebaran
pertama di mana umat Islam yang
bersembahyang sunat raya di masjid berkenaan tahun ini telah mencecah 8.500
orang Jemaah.
“Dari
itu saya dengan sukacitanya menjemput semua masyarakat yang tinggal di sekitar
daerah Sandakan datanglah beramai-ramai
ke Majlis Rumah terbuka ini dengan ucapan Maaf zahir dan batin” katanya kepada Wartawan
media portal The Sabah Insider.net
No comments:
Post a Comment