Oleh:
Evangeline Soraya Kigis
Saturday
August 06/2016
1.SELEPAS perang dunia ke 2 ,dunia berhadapan dengan doktrin komunisma
yang bertentangan dengan fahaman demokrasi. Sistem ekonomi sosialisma satu
ancaman pembangunan sejagat kerana bertentangan dengan kapitalisma yang
diamalkan oleh blok negara negara menjuarai perang dunia ke dua.
2.Ekoran itu timbul lagi satu peperangan
yang dipanggil perang Dingin yang dipelopori oleh negara Uncle Sam yang telah
berjaya menghancurkan kesatuan Rusia dan robohnya tembok Berlin untuk
menyatukan Jerman Barat dan Timur.
3.Ekoran kejayaan menghapuskan fahaman
komunis dan negara negara komunis Cina dan Rusia telah membuka pintu dengan
dunia luar berpartisipasi untuk pembangunan dunia pada keseluruhannya.
4.Amerika Syarikat/Yahudi dan negara negara
blok Eropah memulakan langkah penjajahan ekonomi terutama kepada negara yang
mempunyai bahan utama minyak dan gas serta tempat tempat strategik yang
menguntungkan mereka.
5.Sudah menjadi lumrah alam sentiasa
mencari keseimbangan maka timbul fenomena terorisma,ISIS atau Daesh yang
menjadi ancaman dunia barat kini.
6.Kegagalan ini berpunca dari politik
demokrasi yang tidak ada batasan malahan mengikut tafsiran negara negara maju
sebagai topeng mereka menakluki negara negara yang lemah.
"Pope Francis berpesan supaya tidak mengaitkan Islam dengan keganasan kerana ketidakadilan sosial dan pemujaan wang yang menjadi punca utama keganasan".
"Pope Francis berpesan supaya tidak mengaitkan Islam dengan keganasan kerana ketidakadilan sosial dan pemujaan wang yang menjadi punca utama keganasan".
7.Keganasan tidak hanya bersumber pada
kumpulan muslim terdapat juga pada kumpulan agama lain:
“Jika anda mahu saya perlu bercakap mengenai keganasan dalam Islam, maka saya juga perlu bercakap tentang keganasan dalam Katolik. Bukan semua umat Islam ganas,” tegasnya.
“Jika anda mahu saya perlu bercakap mengenai keganasan dalam Islam, maka saya juga perlu bercakap tentang keganasan dalam Katolik. Bukan semua umat Islam ganas,” tegasnya.
8.Kegagalan oder dunia adalah akibat
kelemahan politik yang hanya mengutamakan matri tidak diimbangi rohani
selanjutnya POPE Francis berkata'
“Saya tahu kenyataan saya mungkin merbahaya
tetapi keganasan wujud apabila tiada pilihan lain dan wang dipuja sebagai
tuhan. Ia menjadi
Siaran penuh komentar Pope Francis:~
ROME: Pope Francis berpesan supaya tidak
mengaitkan Islam dengan keganasan kerana ketidakadilan sosial dan pemujaan wang
yang menjadi punca utama keganasan.
“Saya percaya mengaitkan Islam dengan
keganasan adalah salah. Ia tidak betul dan ia tidak benar sama sekali,” katanya
kepada pemberita di atas pesawat ketika dalam perjalanan ke Rom selepas lawatan
lima hari di Poland.
Ketua agama Roman Katolik itu berkata
demikian mengulas pembunuhan paderi Roman Katolik berusia 85 tahun pada 26
Julai lalu oleh penyerang bersenjatakan pisau.
Mereka menyerbu masuk ke dalam gereja di
barat Perancis, memaksa paderi berlutut dan menyelar kerongkongnya. Kumpulah
militan IS mengaku bertanggungjawab.
“Hampir dalam semua agama terdapat
sekumpulan kecil fundamentalis. Kita juga misalnya mempunyai memiliki kumpulan
Katolik,” katanya.
“Saya tidak suka bercakap tentang keganasan
dalam Islam kerana setiap hari apabila saya melihat akhbar, saya melihat
keganasan di seluruh Itali. Ada yang membunuh teman wanitanya, membunuh ibu
mertuanya dan mereka semua dibaptiskan sebagai Katolik,” terangnya.
“Jika anda mahu saya perlu bercakap
mengenai keganasan dalam Islam, maka saya juga perlu bercakap tentang keganasan
dalam Katolik. Bukan semua umat Islam ganas,” tegasnya.
Beliau juga mendedahkan pelbagai sebab yang
menjadi punca utama berlakunya keganasan.
“Saya tahu kenyataan saya mungkin merbahaya
tetapi keganasan wujud apabila tiada pilihan lain dan wang dipuja sebagai
tuhan. Ia menjadi tumpuan ekonomi dunia,” katanya.
“Ia (wang) adalah punca paling ulung untuk
keganasan. Ia adalah asas kepada semua keganasan terhadap manusia. Mari kita
bercakap tentang itu pula,” katanya.
Francis mengakui pembunuhan paderi dan
serangan susulan yang lain sebagai bukti “dunia sedang berperang” tetapi agama
ternyata bukan penyebabnya.
Kekurangan peluang ekonomi untuk orang muda
di Eropah juga dipersalahkan sebagai salah satu faktor keganasan.
“Jika anda mahu saya perlu bercakap
mengenai keganasan dalam Islam, maka saya juga perlu bercakap tentang keganasan
dalam Katolik. Bukan semua umat Islam ganas,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment