DS SHAFIE APDAL BAKAL DI KOTA BELUD DAN KE SANDAKAN



OLEH: ISMAILY BUNGSU 
Pengarah Komunikasi Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA)
Thursday July 14/2016



BARU saya terima panggilan telefon dari DS Shafie Apadal dan katanya GERAKAN jelajah akan terus ke depan dan sesudah pembuburan beberapa cawangan UMNO di Semporna dan diikuti di

Sandakan dan daerah-daerah  bakal menyusul,tanggal 24 Julai ini telah ditentukan yang DS Shafie Apdal akan berada di Kampung Padang Jalan Rampayaan Laut Kota Belud.

Orang ramai dijemput datang sambil berhari raya di halaman rumah Encik Siman Umbang selaku penganjur di sana.

Di Sana nantinya DSSA dijangka menyampaikan ucapan dan beberapa perkara yang penting akan DSSA sentuh demi kesedaran rakyat Malaysia, Sabahan khususnya.

Sesudah di sana, DSSA akan melakukan acara bersama para penulis di Kota Kinabalu sebelum jelajah ke daerah-daerah  lain di Sabah.

Segalanya dilakukan demi masa depan negara bangsa Malaysia dan sudah sampai masanya Sabahan tidak lagi asyik tunduk atau berdiam diri seperti dulu.

Titik mula berdiri sendiri sudah berada di depan pintu dan tidak boleh tidak seluruh rakyat Sabah harus melangkah ke depan bersama anak watan Sabah untuk keluar dari kepompong pemimpin yang tamak dan rakus.

Perjuangan mengutamakan Sabahan harus dikembalikan dan tentunya sokongan seluruh rakyat Sabah amat diperlukan
untuk menentukan masa depan anak bangsa, cucu cicit kita.



No comments:

Post a Comment