Thursday July 07/2017
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www:sabahinsider14.blogspot.com
SEKITAR 6,000
orang membanjiri lokasi ceramah di Semporna dan itu sambutan diluar jangka dan
rasanya Musa Aman dan yang lain tidak demikian meski yang di situ tanpa huluran
wang saku dan mereka datang sukarela kesan semangat.
Ramai
kalangan orang BN terutama UMNO mengutuk hina dan kata mereka Datuk Seri Shafiee Apdal
(DSSA) lagi senang tidak berada dalam UMNO dan sebenarnnya Musa Aman dan
lain-lain dalam risau kesan kebangkitan itu.
Melalui
telefon antara saya dan DSSA hari ini, dikatakan begitu banyak sangat panggilan
untuk dia berceramah dan ini satu petanda yang cukup baik dan mereka yang
menjemput itu ialah kalangan UMNO sendiri dan bukan dari parti lain.
DSSA
menjelaskan kepada saya selepas raya ini akan ada jelajah DSSA ke merata dan
katanya Kota Belud merupakan lokasi selanjutnya dan di sana sedang diatur dan
sesudah itu mungkin Kudat dan juga Membakut serta Kuala Penyu.
"
Selangor boleh Jatuh, inikan pula Sabah dan Kedah tidak mustahil akan lingkup
di PRU14 akan datang" Kata DSSA dengan penuh yakin dan percaya.
Saya
selaku pengarah komunikasi juga banyak sangat menerima telefon untuk meminta
DSSA ke lokasi-lokasi yang mereka cadangkan dan itu akan dilakukan demi
persiapan PRU14 akan datang.
Setakat
ini DSSA belum memberikan penjelasan parti mana tempatnya singgah atau menjadi
ketua atau apa saja nanti sebab visinya jelas mahu menerangkan kedudukan
sebenarnya soal pemecatan dan penggatungan serta keluarnya DSSA dari UMNO yang
cukup dia sayang tetapi kesan pemimpinnya jenis tidak lagi melaksanakan keadilan
maka terpaksa meninggalkan parti berkenaan mengelak subahat melakukan mungkar
dan penipuan.
"
Banyak RAHSIA akan saya bongkar satu persatu dan masa masih ada, siaplah rakyat
tahu apa sebenarnya yang selama ini disembunyikan oleh BN termasuk yang disembunyikan
oleh pemimpin UMNO di Sabah yang kaya raya"
Kita
tidak ada lagi pilihan lain dan DSSA mahu rakyat Sabah menolak BN di PRU14 akan
datang ini demi menyelamatkan masa depan Sabahan dan Sabah yang dalam diam
sebenarnya ditindas serta dimiskinkan sedanng mereka kaya raya kumpul harta
seolah Malaysia syarikat sendiri.
No comments:
Post a Comment