Friday July 08/2016
OLEH: KAMARUDIN ZAMAN (KL)
www:sabahinsider14.blogspot.com
ORANG ramai di negara ini dan termasuk ahli-ahli
UMNO/BN perlu tahu dan perlu ambil tahu kenapa
Tan Seri Muhyiddin Yassin-Datuk Mukhris Tun Mahathir dan Datuk Seri Shafie
Apdal dipecat serta menteri dari cabinet dan disingkir dari ahli UMNO oleh
Presiden UMNO Dato Najib Tun Razak dan atas sokongan 100 peratus ahli-ahli
majlis tertinggi UMNO.
Punca sebenar mereka bertiga disingkir dari jawatan cabinet dan
disingkir dari UMNO adalah disebabkan mereka telah mengkritik Perdana Menteri
Najib mengenai penglibatan
penyelewengannya dengan 1MDB dan dana RM2.6 billion.
Inilah dasar UMNO dibawah pimpinan Najib pantang para pemimpinnya di tegur walaupun mereka terang-terang melakukan
satu kesalahan besar yang boleh menjejaskan kewangan Negara dan juga rakyat.
Perlu diambil perhatian gara-gara hasutan dan termakan hasutan oleh
beberapa orang majlis tertinggi UMNO supaya mengambil tindakan drastic terhadap
ketiga-tiga orang yang dimaksudkan Najib tidak berfikir panjang lantas memecat tiga orang itu dari ahli UMNO
tanpa memikirkan akan risiko yang bakal ditanggung dan bakal menjejaskan kedudukan UMNO.
Mereka yang tukang menghasut kepada Najib antaranya Nazri Aziz,Salleh Said Keruak ,Azalina Said
Othman-Adnan Mansur Abdul Rahman Dahalan
dan Ismail Sabri inilah hantu dan setan sebenarnya dalam UMNO mereka ini duri
dalam daging suka melihat Najib hancur
dan suka melihat UMNO berkecai.
Pemberontakan pertama yang
berlaku ekoran DS Shafie digantung sebagai ahli UMNO di Semporna di mana seramai 340 ketua-ketua
cawangan UMNO Semporna yang membatikan 3, 000 orang ahli-ahli UMNO telah keluar
beramai-ramai meninggalkan UMNO buat selama-lamanya.
Kemudian disusuli seramai 2,000 ahli UMNO yang keluar ikut serta
bersama-sama mantan Naib Presiden UMNO DS Shafie.
Rentetan dari lebih 6,000 orang ahli-ahli UMNO menjejaskan perjuangan
UMNO bukan sahaja di Semporna akan tetapi akan merebak ke seluruh cawangan-cawangan UMNO Kunak-Silam-Silabukan-Lahad
Datu,Tungku,-Tambasan-Kudat dan Kota Merudu.
Kita lihat apa kesudahannya
nanti tindakan DS Shafie keluar dari
UMNO telah mendapat respond daripada bangsa cina Kadazan-Dusun dan Murut mereka mengalu-alukan tindakan DS Shafie keluar UMNO.
Bangsa Bajau dan Suluk 90 peratus sokong tindakan DS Shafie keluar
meninggalkan UMNO bukan sekejap DS Shafie berjuang dalam UMNO 30 tahun jasa
bakti yang di tabur oleh Shafie tidak ternilai harganya.
No comments:
Post a Comment