Thursday
July 07/2017
KUPASAN
DARI MEJA EDITOR (TSI)
SHAIMON
S JUMADI (SDK)
www:
sabahinsider14.blogspot.com
TERNYATA sokongan padu terhadap Datuk Seri Shafie Hj Abdal di Semporna masih kental
lebih kurang 6,000 orang yang terdiri 100 peratus ahli-ahli UMNO yang
melibatkan 350 cawangan telah menyambut
kepulangan DS Shafie ke Semporna tiga hari lalu.
Orang yang menafikan DS Shafie tiada sokongan orang itu memang buta hati
buta mata mahu mencari kebenaran tapi tidak kena tempatnya sengaja mengalihkan pandangan serong dan
songsang.
Pejabat Bahagian UMNO di Semporna yang tersergam indah dengan
kibaran benderan UMNO kini sudah tidak lagi kelihatan hanya dua bendera sahaja
iaitu bendera Sabah dan bendera Malaysia.
Pihak media portal The Sabah Insider. Net telah menghantar wartawan
Azmie Azman ke Semporna untuk buat liputan mengenai pergolakan politik di
daerah itu memang nyata 97 peratus
penduduk Semporna rata-rata bangsa Bajau juga Suluk marah dengan pucuk pimpinan
UMNO terutama sekali mereka marah dengan Najib dan ahli-ahli majlis tertinggi
yang menggantung jawatan DS Shafie sebagai ahli
UMNO.
Datuk Nasir Tun Sakaran Datuk Ramlie Marahaban tidak sehebat pemimpin DS
Shafie dari segi pengaruh DS Shafie jika
dibandingkan dengan dua orang itu antara
Nasir dan Ramlie jauh beza sukar ditandingi.
Dalam konteks ini wartawan kanan
The Sabah Insider.net telah menghubungi Penegerusi Ahli Lembaga portal The
Sabah Insider.net yang juga seorang Aktivis Sosial Masyarakat Dato Seri Paduka Kemellia Hassan.
Dalam kenyataan Kemellia antara lain
berkata sebagai warga Sabah harus memberikan sokongan
padu kepada DS Shafie untuk meneruskan agenda perjuangan politik bagi
mempertabatkan rakyat Sabah dan negeri Sabah agar tidak jadikan alat dan boneka
oleh pemimpin-pimimpin Malaya.
Rakyat Sabah harus bersatu padu demi keadilan yang seksama tegur-menegur
dalam politik adalah perkara biasa memang lumrah jadi pemimpin sama ada
diperingkat negeri kah atau peringkat nasional sekiranya berlaku sebarang kesalahan
dan kesilapan sama ada disedari dan tanpa disedari harus menerima kritikan yang
membina demi kebaikan bersama” katanya
“Saya bukan seorang ahli politik saya hanya seorang aktivis social
masyarakat yang memainkan peranan dan
tanggungjawab saya bagi membantu masyarakat golongan yang kurang bernasib baik
antara seperti Warga Emas Ibu-Ibu Tunggal
Anak-Anak Yatim dan Orang Kelaianan Upaya (OKU).
Tetapi sedikit sebanyak saya harus mengikuti perkembangan semasa politik
tanah air terutama sekali tentang pergolakan politik yang melanda Semporna.
Terbukti sokongan padu terhadap pimpinan DS Shafia masih utoh lagi ini mungkin penglibatan DS Shafie dalam
menceburi arena gelangan politik selama 30 tahun.
Dalam berjuang mati-matian dalam UMNO selama 30 tahun para pemimpin UMNO
pusat sedikitpun tiada mengenangkan jasa-jasa dan baktinya yang ditaburkan
kepada UMNO malahan jadi mangsa keadaan” jelas Kemellia.
Coba anda fikir baik-baik sekadar menegur PM pasal 1MDB dan RM2.6
billion mereka pemimin UMNO antara Tan Seri Muhyiddin Yassin, Datuk Mukriz Tun
Mahathir dan Datuk Seri Shafie Abdal jadi mengsa pemecatan jawatan dari cabinet
dan penyingkiran sebagai ahli UMNO di
mana kah keadilan ataupun system
demokrasi berparlimen. Yang diagung-agungkan .
Ekoran tindakan UMNO pusat menyingkir DS Shafie dari UMNO maka timbullah
satu kemarahan di kalangan penduduk-penduduk Sempornah hingga lebih 6,000 orang
ahli-ahli UMNO keluar beramai-ramai
meninggal UMNO buat selama-lamanya di boleh jadikan ikhtibar kepada para
pemimpin UMNO yang bertindak tidak mengikut lunas-lunas tertentu kerana
termakan hasutan dari beberapa orang ahli UMNO yang suka melihat UMNO berpecah
belah.
Dengan ini sekali lagi saya berjanji kami dipihak media portal sebagai
Pengerusi Ahli Lembaga The Sabah
Insider.net akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada DS Shafie dalam
menyiarkan semua aktiviti-aktivinya di media awang-awang seperti The Sabah
Insider.net dari sama kesemasa.
No comments:
Post a Comment