OLEH: ISMAILY BUNGSU
Khamis Oktober
03/2016
SEPERTI yang saya perkatakan
berulangkali sebelum ini bahawa apa saja yang dibincang di kabinet itu
merupakan RAHSIA dan sama sekali tidak boleh dibawa ke luar dan kalau ada yang demikian
sikapnya maka itu merupakan satu kesalahan.
Apa saja yang dipersetuju di kabinet secara majoriti,
yang minoriti kena akur dan tidak boleh menyatakan itu bukan keputusannya dan
itu sebab sesiapa yang tidak bersetuju kena tinggalkan kabinet atau kena
meletakkan jawatan dan inilah sistem yang diwarisi dari barat.
Yang hairannya, bagaimana TS Pandikar tahu yang dikatakan
oleh 3 menteri di parlimen itu merupakan maklumat dan siapa saja yang
memberitahu sama TS Pandikar? Tentu ada yang menyatakan kepadanya dan siapa
orang itu?
HARUS dan MESTINya TS pandikar melaporkan hal berkenaan
ke POLIS kesan TS sendiri telah mengadakan sidang media di luar parlimen yang
tentu saja sidang media itu tidak NGAM kesan prejudis kepada 3 mantan menteri
yang diperkatakan.
Rakyat perlu menilai kasus ini dan saya kira selayaknya
TS Pandikar hanya boleh membangkitkan dan membicarakan isu itu di
mesyuarat/sidang perlimen kala hal berkenaan dibangkit bincang ketika itu.
Satu tindakan untuk selesaikan masalah ini harus diambil
perhatian dan pihak polis secara adil harus juga bertanya/siasat TS Pandikar
sama kerana ia sendiri tidak harus terlepas dari tindakan undang2 jika ternyata
bersalah.
No comments:
Post a Comment