OLEH: NURLIYANA
ABDULLAH
www///sabahinsider14.blogspt.com
Tuesday August
02/2016
"Kenapa Saya Keluar UMNO Sebab 30 Tahun Berjuang Dengan UMNO Saya Telah Dikhianati Oleh PresidenUMNO dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO
BERMULA digantung ketika Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA) umrah kesan kritik 1MDB itu bermulanya sejarahnya hitam setelah 30 tahun dalam
parti konon berkeramat.
Sebelumnya memang punca
digantung ada tuduhan yang DSSA bersama satu pentas pembangkang kritik 1MDB dan
itu kononnya laporan MUSA AMAN dan disokong oleh Rahman Dahlan.
Kesan digantung akhirnya
DSSA memilih meninggalkan parti dan itu diumum di Semporna di hadapan 6000
orang yang datang dan serentak itu hampir 300 cawangan UMNO di sana bubar yang
menyebabkan lumpuh.
Sesudah itu di Sandakan
juga berlaku ahli2 UMNO pertamanya di Kinabatangan dan keduanya di bandar
Sandakan dan itu juga lebih
memburukkan keadaan.
Selanjutnya di Kota
Belud sekitar 4000 yang datang dalam perhimpunan itu dan di situ juga diumumkan
ahli-ahli bahagian agama meninggalkan UMNO kesannya keadaan UMNO di sana yang
merupakan kubu UMNO sedikit bermasalah dan itu akan menyusul yang lain
kemudian.
Paling bersejarah sekali
di Tenom pada 30 Julai lalu di sekitar 15,000 orang datang dan itu menjelaskan
UMNO benar-benar tertembak dan kegusaran semakin menjadi-jadi.
Sesudah di Tenom,
terjadi pula di Kg Brunei Membakut kelmarin sekitar 3,500 hadir sama meski di
sana ada 7 acara lain lagi UMNO adakan untuk maksud menggaggalkan acara tetapi
semangat rakyat sukar dibendung dan di sana juga diumumkan ahli-ahli UMNO dalam BN
keluar beramai-ramai.
Saya difahamkan akan ada
pertemuan lagi di Kalabakan Tawau pada 7 Ogos nanti dan difahamkan PM Najib
bakal datang diacara lain di Tawau.
Setahun saya ada banyak
lagi bakal mengadakan perhimpunan sama dan yang pasti kesedaran rakyat di Sabah
sudah mula kelihatan dan tidak hairan bersama PKR, PCS termasuk DAP kepimpinan
BN akan tersungkur di PRU14 akan datang.
Sesungguhnya kerjasama
semua parti pembangkang di Sabah seperti PH/DSSA/USA dan sebagainya merupakan
mimpi ngeri buat BN di Sabah.
No comments:
Post a Comment