Wednesday July 06/2016
BY: BENARD A/L UNGGAL (SWK)
www: sabahinsider14.blogspot.com
KUCHING: Kes Pembunuhan Bill Kayong sudah selesai di mana Polis berjaya menemui selaras senapang patah dan satu kelongsong peluru dipercayai digunakan untuk menembak mati Bill Kayong, pada 21 Jun lalu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata, dua bahan bukti penting itu ditemui selepas seorang lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes itu membawa polis ke rumahnya di Jalan Hai Nam Lama, Miri, semalam.
Beliau berkata, lelaki berkenaan kemudiannya menunjukkan tempat dia menyembunyikan senapang patah itu.
"Kira-kira jam 5 petang semalam (Isnin) lelaki berkenaan membawa polis ke kediamannya dan menunjukkan tempat dia menyembunyikan bahan bukti penting kes ini.
"Beberapa butir peluru senapang patah termasuk satu kelongsong yang sudah digunakan dirampas dan menjadi petunjuk penting untuk menyelesaikan kes itu," katanya ketika diwawancara wartawan portal The Sabah Insider.net dipejabatnya disini hari ini.
Mazlan berkata, dengan penahanan suspek utama dan rampasan senapang patah, pihaknya yakin kes pembunuhan Setiausaha PKR Cawangan Miri itu sudah berjaya diselesaikan.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengucapkan tahniah kepada polis Sarawak kerana berjaya menyelesaikan kes berkenaan.
No comments:
Post a Comment