Wednesday July 06/2016
GAMBAR KELIHATAN…..Zakaria (3 kanan) bersama Kasrin
menyerahkan bantuan barang keperluan harian kepada Giang Mohammad sambil
diperhatikan oleh Hassan serta pegawai-pegawai UPPM Gum Gum
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
www:sabahinsider14.blogspot.com
KUALA GUM-GUM:-
Mangsa
kebakaran Hassan Abdul Salim telah menerima bantuan barang keperluan harian
dari Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Sandakan.
Barang-barang berkenaan dan zink rumah telah diserahkan oleh
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris
kepada Hassan bersama emaknya Giang Mohammad di tapak kebakaran yang terletak
di Kampung Dandulit, Batu 12 Jalan Labuk kelmarin.
Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum Gum
turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Hassan serta ahli-ahli keluarga
beliau.
Sementara itu, Zakaria berharap bantuan serta sumbangan yang
diberikan kepada Hassan dan keluarga beliau akan sedikit sebanyak dapat
meringankan beban mereka.
Zakaria juga berharap Hassan serta keluarga supaya dapat
bersabar menghadapi musibah yang menimpa mereka dalam bulan yang mulia ini.
Bagi pihak Kerajaan dan saya sendiri telah mencadangkan
memberi sebuah rumah dibawah Program Bantuan Rumah (PBR) supaya mereka mendapat
sebuah tempat untuk berlindung, katanya lagi.
“Dalam masa yang terdekat ini kita
akan akan laksanakan untuk bangunkan rumah PBR ini di tapak ini,” tambah
Zakaria.
Zakaria turut menasihati semua masyarakat supaya
berhati-hati menjaga rumah mereka dalam bulan Ramadhan ini dan menjelang Hari Raya
Aidil Fitri untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran
daripada berlaku.
Turut hadir Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan
Am Bahagian Sandakan Kasrin Atchil , Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Gum
Gum Kamal M Said, Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz dan
pegawai-pegawai lain UPPM Gum Gum.
Rumah papan milik Hassan telah musnah dalam kebakaran yang
berlaku pada petang Jun 29 lepas. Emaknya Giang yang berumur 70 tahun dan
tiga orang anak Hassan berada di rumah manakala Hassan dan isteri telah pergi
ke bandar untuk urusan.
Giang melecur di tangan kiri ketika menyelamatkan cucunya
Jamaliah Hassan, 12, Nurhasanah Hassan, empat, dan Muhammad Jamadan, enam.
Beliau telah diberi rawatan oleh pasukan paramedic ambulans ditempat kejadian.
No comments:
Post a Comment