(Portal The Sabah Insider.Net Sedia Membantu Sebagai Wadah Publisiti Pergerakan/Perjalanan Aktiviti-Aktiviti DS Shafie Abdal Dari Masa Kesemasa)
OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
TINDAKAN Datuk
Seri Shafie Hj Apdal keluar meninggalkan UMNO adalah satu tindakan yang bijak
sana dan harus disokong oleh semua pihak khususnya rakyat Sabah.
Bayangkan DS Shafie berjuang dalam UMNO selama 30 tahun hingga menjadi
Naib Presiden UMNO satu-satunya orang Sabah menjadi ahli UMNO diperingkat
nasional bukan calang-calang orangnya.
Satu kebanggaan bila anak jati
Sabah seperti DS Shafie menjawat jawatan
Naib Presiden UMNO Pusat duduk sebaris dengan Presiden UMNO.
Tapi sayang sekali perjuangannya selama 30 tahun langsung tidak dikenang jasa
baktinya oleh para pemimpin UMNO.
Kata seorang Aktivis Sosial Masyarakat Dato Seri Paduka Kemellia Hassan berkata demikian
ketika diminta pandanganya mengenai tindakan DS Shafie yang keluar UMNO
berserta 5,000 ahli-ahli UMNO Semporna yang lain turut keluar parti dan meninggalkan UMNO.
“Sekarang Semporna
sudah tiada lagi pemimpin UMNO yang berwibawa seperti DS Shafie kalau adapun cuma
pemimpin kampungan saja tidak sampai kemana popularitinya” katanya.
Kata Kemellia lagi
sekarang UMNO Semporna sudah lumpuh tiada orang yang mentadbir pejabat UMNO Bahagian Semporna kerana
pejabatnya sudah ditutip bendera UMNO yang berkibar-kibar dengan megahnya kini
sudah diturunkan hanya tinggal bendera Sabah dan Malaysia.
Kemellia menambah
mudah-mudahan cita-cita DS Shafie Abdal tercapai memimpin Sabah yang lebih baik
dari pimpinan yang ada sekarang.
Saya berjanji sebagai
Pengerusi Ahli Lembaga Portal Insider.Net akan membantu kepada DS Shafie untuk
membuat liputan mengenai
aktiviti-aktiviti dan pergerakan DS Shafie.
Portal The Sabah
Insider saya jadikan sebagai wadah publisiti untuk menyiarkan apa jua
aktiviti-aktiviti DS Shafie dari masa kesesama Insya Allah” tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment