By Admin
Ucapan Perbahasan
oleh
Ahli Parlimen
Sandakan Stephen Wong Tien Fatt
ke atas Rang
Undang-undang Pembekalan 2015 dalam peringkat dasar:
Berikut teks ucapan
beliau yang dibentangkan semasa sesi sidang dewan parlimen baru-baru ini.
Tuan yang
dipertua, saya juga ingin menyentuh sikit perkara situasi
ekonomi di negeri Sabah. Saya telah banyak kali sebut dalam dewan ini bahawa
Sabah merupakan satu negeri yang mempunyai banyak sumber asli seperti minyak,
gas asli, minyak sawit dan sebagainya tetapi sudah 51 tahun Malaysia ditubuhkan
Sabah masih dalam tahap kemiskinan
. Tidak dapat
dinafikan bahawa Sabah merupakan satu negeri yang sangat penting bagi Malaysia
dan telah memberi sumbangan dari segi sumber asli dan hasil dalam negeri yang
tinggi kepada kerajaan persekutuan. Dan kami mendapati bahawa walaupun Sabah
telah memberi sumbangan yang besar kepada pusat malah peruntukan dari kerajaan
persekutuan masih tidak seimbang kepada Sabah dan menjadikan Sabah mengalami
banyak masalah yang fundamental.
. Tuan yang dipertua,
saya ingin menerangkan di dewan yang mulia ini bahawa Sabah masih mengalami kesusahan
seperti tiada bekalan air dalam kampung-kampung sejak pertubuhan negara, tiada
bekalan elektrik, malahan gangguan elektrik sentiasa berlaku di bandar yang
menyebabkan kerugian kedai dan industry, jalanraya yang rosak dan juga tiada
jalan di dalam pendalaman untuk anak kampung pergi ke sekolah. Ini semua telah
terjadi dalam Sabah dan sudah lama pun tidak dapat diselesaikan.
. Seperti
baru-baru ini saya telah mengunjungi kawasan Pitas dan membantu kampung-kampung
dalam Pitas dengan memberi sumbangan wang kepada mereka untuk membina jalan
yang berhubung dengan pekan berdekatan. Saya diberitahu bahawa kerajaan
telah berjanji kepada mereka bahawa jalan tersebut akan dibina pada tahun 1999,
sehingga kini telah 15 tahun limpas malah kerajaan telah berbohong selama 15
tahun, sehingga orang kampung kini melancarkan kempen dermaan untuk membina
jalan mereka sendiri.
. Tuan yang dipertua, bukankah pembinaan jalan kepada kampung adalah wajib dan tanggungjawab kerajaan? Sama juga membekalkan air dan elektrik merupakan satu kewajiban kerajaan yang paling asas?Kenapa ada kampung-kampung di Sabah sampai hari ini pun tidak menikmati hak-hak yang asas yang sepatutnya dibekalkan oleh kerajaan? Ini menunjukkan kegagalan kerajaan yang haruslah diperbaikkan!

. Kini polisi
kabotaj ini telah dijalankan di Sabah selama 30 tahun lebih, maka ia telah
menyebabkan kesusahan rakyat Sabah selama 30 tahun dan meningkatkan harga
barangan yang lebih mahal daripada Semenanjung. Bagi saya, ini adalah satu
dasar mengekploitasikan orang Sabah! Jangan demi beberapa pekapal yang
tertentu, korbankan seluruh rakyat sabah. Ini langsung tidak masuk akal!

. Saya harap
kementerian kewanganakan memper-timbangkan mengurangkan kadar cukai GST yang
dilaksanakan di Sabah atau menundakan perlaksanaan GST di Sabah. Kerajaan
haruslah menumpukan perhatian untuk mengatasi masalah yang paling asas di Sabah
iaitu mansuhkan dasar kabotaj dan membasmikan kemiskinan rakyat Sabah.
. Jika kerajaan
belum lagi mengatasi dua-dua masalah di Sabah maka orang
Sabah akan mengalami kesusahan yang lebih sengsara apabila GST
dilaksanakan. Ini tentu akan menyebabkan ketidaksamarataan antara
golongan kaya dan miskin, maka ketidaksamarataan antara timur dan barat
Malaysia akan diperluaskan.
Saya harap
kerajaan akan ambil maklum apa yang telah saya sebut tadi. Tuan yang
dipertua, Sebelum saya mengakhiri, saya ingin tegaskan sekali lagi di sini
bahawa saya harap laporan RCI hendaklah diumumkan sebelum penutupan sesi
parlimen ini dan saya harap parlimen akan memberi laluan untuk
membahaskan laporan tersebut.
Tuan yang dipertua,
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment