OLEH: SHAIMON S
JUMADI (SDK)
www:sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN:-
Kunjung mengunjung apa saja peerayaan yang sedia ada baik Tahun Baru
Cina-Krismas-Deepavali – Pesta Kaamatan dan Hari Raya Aidulfitri memang sudah
satu budaya kepada masyarakat magjuk di Negara ini yang melibatkan semua kaum
tanpa mengira kedudukan agama dan bangsa.
Kelman hari raya ketiga satu rombongan dari Parti DAP Sandakan yang
diketuai Pengerusi DAP Negeri yang juga
Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien
Fatt telah bertandang kerumah Islam
Sundy di Jambatan Lorong 22 nombor 102 Kampung
Sim-Sim dekat.
Kunjungan mereka di sambut dengan penuh kemesraan oleh tuan rumah
termasuk orang-orang kampung Sim-Sim yang turut menyambut ketibaan rombongan
Wong itu.
Dalam kesempatan di hari raya yang mulia itu Wong Dan Frankie Poon DAP Tanjung Papat telah menguhulur sunbangan duit raya kepada beberapa orang warga emas dan
ibu-ibu tunggal.
Ismail Sundy bagi pihak keluarganya dan juga bagi pihak penduduk kampung
sebahagiannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Sandakan
yang tidak henti- hentinya menguhukurkan bantuan kepada masyarakat Islam yang
kurang berada dari mula bulan Ramadan sehingga ke hari raya.
“Walaupun Ahli Parlimen hanya
dari parti pembangkang namun jasanya pada rakyat telalu banyak ditaburkan inilah pemimpin semacam Wong yang
kita mahu walaupun bukan masamya
pilihanraya tetapi tetap bersama rakyat”
kata Ismail Sandy.
No comments:
Post a Comment