Friday July 08/2016
OLEH: AZMIE AZMAN
(SPN)
www:sabahinsider14.blogspot.com
SEMPORNA: Majlis
Rumah Terbuka Hari Raya Aidulfitri Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal di
kediamannya di Semporna telah di hadiri lebih 10,000 yang terdiri dari
lapisan masyarakat berbilang kaum.
Antara tetamu kehormat yang
turut mengunjungi rumah terbuka tersebut ialah Pengerusi DAP Negeri yang juga
Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt bersama rombongannya.
Wartawan media portal The Sabah Insider.net yang ditugaskan membuat liputan mengenai
aktiviti-aktiviti DS Shafie dari masa
kesemasa turut berada di sini.
Dilihat raut wajah kedua
pemimpin itu antara Shafie dan Wong begitu mesra sekali mungkin ini kali
pertama mereka bersuah muka dan bermesra antara satu sama lain.
Semoga pertemuan antara Wong
denga Shafie akan membawa berkat dan
menfaat kepada rakyat di Sabah untuk sama-sama berjuang untuk kepentingan
rakyat jelata Sabah.
Ditanya mengenai mana satu parti yang bakal disertai oleh Shafie
beliau enggan menjawab sebarang soalan yang diajukan oleh para wartawan.
No comments:
Post a Comment