Sunday July 10/2016
OLEH: SHAIMON S
JUMADI(SDK)
www:sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN:- Suasana Hari Raya keempat
masih lagi dirasai oleh penduduk-penduduk setempat dan kalaupun tiada sajian
makanan lauk pauk sudah habis tetapi masih ada lagi yang tinggal itu kuih-muih raya sebagai hidangan untuk para tetapi yang
berkunjung raya.
Kelmarin satu
rombongan terdiridari ahli-ahli DAP Sandakan
yang diketuai oleh Pengerusi DAP
Negeri yang juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt telah berkunjung
berhari raya kerumah Puan Asmah Kampung
Karamunting Baru ,Karamunting Lama di kediaman Salman dan kemudian berkunjung ke rumah Puan Murni Kampung Bukit Nenas.
Setibanya Wong bersama-sama rombongan tersebut mereka
telah dihidangkan pelbagai juadah untuk santapan hari raya.
Sejurus selepas bertandang ketiga-tiga rumah yang
dimaksudkan itu Wong bersama rombongan
pergi meninjau ke Kampung Tabah Baru untuk melihat sendiri kejadian rumah
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang roboh menyembah bumi pada bulan
Ramadan lalu.
“Sepatutnya pihak berkuasa tempatan ( PBT) menilai mengenai struktur pembinaan setiap
rumah-rumah PPRT sebelum
meluluskannya yang betul-betul ikut
spesifikasi yang telah ditetapkan bukan menggunakan tiang berukuran 3”X4” atau
4”X4” sebagai tiang asaa rumah.”
Katanya.
No comments:
Post a Comment