FORMULA TERBAIK BERSATU UNTUK TUMBANGKAN UMNO/BN PRU14


Sunday July 10/2016

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www:sabahinsider14.blogspot.com

TIDAK ada lagi formula terbaik untuk tumbangkan BN di Sabah ialah dengan cara bersatu. Inilah yang paling BN takuti!

Bersatu kita teguh bercerai pasti lingkup sementara sebatang lidi

Musa Aman ketawa senang ia patah-patahkan dan injak tetapi sebabat pasti menjolok matanya boleh jadi buta.

Makanya tiada cara lain lagi ialah dengan bersatu gerak dan tingkah bertindak, bersatu tenaga dan lawan BN satu sama satu. Itu saja untuk semua tidak putih mata.

Kebangkitan rakyat Semporna yang sekitar 6000 orang hadir baru-baru ini merupakan semacam Tsunami dari pantai timur dan kalangan Bajau, Suluk di Tawau, Kunak, Lahad Datu juga Sandakan akan bangkit menentang kebangsatan perangai kepimpinan Malaya dan baruahnya di Sabah yang bernama Musa bin Aman.

Pakatan Harapan (PH) melalui DAP akan kuasai bandar, sementara DS Lajim Ukin akan kuasai kawasan Papar, Bongawan, Membakut, Beaufort, Sipitang termasuk beberapa kawasan di Pedalaman.

Kadazan- Dusun dan Murut (KDM)  tentu boleh digerakkan oleh Datuk Wilfred yang ketuai parti PCS sementara yang lain masih diragui kesetiaan kesan dikhuatiri sebelahi BN kesan terbukti di PRU13 lalu dan sekongkol dengan Anifah Aman.

Gerakan yang ada ini merupakan satu kekuatan yang baru dan 11 DUN milik PH dan 2-3 YB Parlimen akan kita lihat memang bergaya dan pengundi-pengundi  PH boleh membantu kekuatan DSSA di Pantai Timur, sementara di kawasan lain itu akan sama dibantu oleh ahli-ahli UMNO yang Pro DS Shafie Apdal (DSSA)  dan ini akan mencipta kekuatan yang luar biasa.

Apa yang diharapkan sebelum PRU14 mesti diadakan satu perbincangan hati ke hati dan visi pertama yang harus ditekadkan dalam hati ialah perjuangan untuk tumbangkan BN. Tiada lain MESTI tumbangkan BN kalau gagal rakyat tetap menderita.

Dalam soal ini gabungan dengan PH memang amat diharapkan sebab hanya PH sahaja yang menjadi saingan kepada BN untuk merebut 222 kerusi MP sebab tanpa memenangi lebih 112 kerusi MP di PRU14 akan datang maka keadaan akan sama seperti kemenangan PBS dalam tahun 1985.

Tidak boleh tidak BN semestinya di lawan secara jantan iaitu satu sama satu dan kalau berpecah maka kita lihat keputusan parlimen Keningau dan Kota Marudu pemenangnya BN sedang undi STAR dan PKR boleh mengalahkan BN.

PRU14 ini kita akan melihat satu persaingan yang cukup keras dan tanpa penyatuan maka jawabnya semua akan gigit jari sebab Sabah merupakan negeri terkaya dengan parti dan rakyatnya pula termiskin kesan suka politiking dan menubuhkan parti dan itu sebenarnya yang dimahukan BN untuk pecah dan perintah.


No comments:

Post a Comment