ULASAN
DARI MEJA EDITOR
SHAIMON
S JUMADI
CADANGAN pihak Jabatan Pendftaran Negara
(JPN) Sabah yang bercadang sama ada menarik balik atau mengeluarkan semula Kad
Pengenal dinegeri ini kepada orang-orang tertentu amat dialu-alukan.
Jika menjadi reality cadangan itu untuk menarik balik kad pengenalan seperti
yang diwar-warkan oleh Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah Ismail Ahmad
ini jelas sesiapa yang memegang kad pengenalan bernombor H030XXXX H042XXXX dan
H053XXXX mereka harus menyerahkan IC
berkenaan kepada JPN sebab menurut sumbar-sumber yang boleh dipercayai
nombor-nombor kad pengenalan yang dimaksudkan itu tiada dalam rekod JPN.
Namun
dikatakan tiada rekod dalam semakan JPN tetapi mereka telah layak menjadi mengundi
dan disamping mereka mendapat Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bukan itu saja
ramai yang memegang kad pengenalan sedemikian mereka dapat lesen kontrak
(kecuali lesen PUKONSA) sebab sesiapa saja yang ingin memohon mendapatkan lesen
PUKONSA mereka semestinya mempunyai Sijil Kelahiran baru layak memohon.
Lain-lain
kemudahan seperti mendapatkan loan bank. Permit teksi,permit bas lesen
perniagaan mereka tak kisah IC sedemikian rupa boleh diguna pakai untuk
mendapatkan semua kemudahan .
Akan
tetapi kalau seseorang yang memegang IC nombor yang disebutkan itu kalau mereka hendak membuat pinjaman di MARA
mereka terpaksa mengeluarkan Sijil Beranak walaupun mereka mempunyai mykad
tetapi dalam mykad tersebut membubuh nombor IC lama antara H030XXXX H.042XXXX
dan H.053XXXX mereka tidak akan dilayan
kecuali mereka mempunyai sijil beranak untuk mengesahkan bahawa seseorang itu
di lahirkan di Sandakan sebagai contoh.
Apapun kita kena tungguh kesudahannya sama ada cadangan
ini memang bakal menjadi kenyataan atau sebgaliknya dan semoga apa yang telah
dicadangankan dan yang diwar-warkan oleh Pengarah JPN Sabah Ismail Ahmad itu
mendapat sokongan padu dari rakyat Sabah khususnya yang di lahirkan di negeri
ini.
Berikut petikan kenyataan di media
portal Ismail Ahmah mengenai isu berkenaan seperti di bawah ini
Kenyataan JPN Sabah
bahawa jabatan itu mempunyai sumber termasuk tenaga kerja sekiranya kerajaan
tentukan untuk menarik balik atau mengeluarkan semula kad pengenalan di negeri
ini. Pengarah JPN Sabah Ismail Ahmad berkata, bagaimanapun buat masa ini belum
ada yang diputuskan, namun jika perlu, pihaknya bersedia untuk melaksanakannya.
Kesediaan Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) Sabah untuk menarik balik atau mengeluarkan semula kad
pengenalan di negeri ini adalah petanda baik dalam menangani masalah kad pengenalan
yang diperoleh secara meragukan.
Timbalan Presiden
Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) Nailin
Gabintal berharap langkah itu dapat memastikan hanya orang tempatan yang tulen
sahaja diberikan kad pengenalan.
“Sebelum ini kita sering
membaca berita dalam akhbar-akhbar tempatan mengenai pendatang asing tanpa izin
(PATI) yang didakwa di mahkamah atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu
dan sebagainya.
“Selain itu ramai juga
yang memperkatakan bahawa ada PATI yang memperolehi kad pengenalan secara
meragukan.
“Oleh itu Pekadin
berpendapat, melalui penarikan balik kad pengenalan lama dan mengeluarkan kad
pengenalan baru, kad pengenalan yang diperolehi secara tidak sah dapat
dibentaras,” katanya adlam satu kenyataan, di sini, kelmarin.
Nailin berkata, langkah
itu juga tepat pada masanya dan wajar disokong oleh rakyat Sabah ekoran
pengumuman hasil laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baru- baru ini yang
mengatakan dengan jelas terdapat keberangkalian projek IC wujud di Sabah.
Oleh itu katanya,
penarikan balik dan pengeluaran semula kad pengenalan di negeri ini merupakan
satu pilihan terbaik untuk menangani masalah itu.
“Selain itu kita juga
dapat memastikan bahawa tidak ada PATI yang memperolehi kad pengenalan mendapat
peluang untuk menyertai pilihanraya di negeri ini sama ada ada di peringkat
negeri atau persekutuan.
“Kita tidak mahu ada
penglibatan orang luar yang menentukan barisan kepimpinan negara akan datang
atau penglibatan membentuk kerajaan di negara ini,” katanya.
Nailin berkata langkah
ini juga dapat mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat negeri ini.
“Isu kehadiran PATI di negeri ini yang terlalu
ramai sudah berlarutan sekian lama dan kini sudah tiba masanya kerajaan
melakukan lonjakan pradigma untuk menyelesaikannya secara lebih berkesan,”
katanya. Posted By: SUARASABAHon: March 23, 2015
No comments:
Post a Comment