SHAFIE ADA KELEBIHAN JIKA BERI PELUANG UNTUK TADBIR NEGERI SABAH SELEPAS PRU14


Tuesday July 05/2016


Oleh: Evangeline Soraya Kigis
www: sabahinsider14.blgospot.com

 
DI saat Datuk Seri Shafie Apdal mencari damai dihati berhadapan Kaabah sambil bermunajat kepada Ilahi mencari kebenaran akibat tindakannya yang tidak bersetuju dengan Najib yang membawa beban negara dan rakyat akibat 1MDB yang dibebani masalah hutang RM50 billion dengan kadar faedah RM2.6 billion pertahun.

Dengan bertepatan Majlis Tertinggi parti menggantung keahliannya tanpa pembelaan diri seperti ahli ahli parti yang diambil tindakan sebelumnya.

Sekembalinya beliau dari menjalankan umrah di tanah suci disambut dengan gagak gempita dari ahli ahli UMNO dan kumpulan yang simpatisan terutama dari NGO NGO pejuang hak hak negeri Sabah,diperkirakan juga simpati dari seluruh pelusuk negeri Sabah khasnya dari bekas ahli USNO kini bersama UMNO.

Kali ini UMNO Sabah akan menghadapi ujian getir hanya bergantung harap dengan kepimpinan Musa untuk mengekang kemarahan kumpulan Shafie Apdal.

Jika amalan dominasi politik Sabah merujuk kepada suku kaum sebagaimana PBS dan UPKO bergantung kepada kesatuan melalui persatuan umpamanya tunggak PBS pada KDCA,apa yang perlu ditawarkan oleh Musa hanya konsep Barisan Nasional dan wajib diperakui kekuatan
Musa hanya semata mata faktor Parti/Barisan Nasional sebagai mana Tan Sri Harris satu ketika dulu BERJAYA tumbang akibat isu kesukuan yang dapat mengatasi popularitinya sebagai bapa pembangunan Sabah.

Perlu ingat UMNO Sabah adalah serapan ahli USNO dan metaliti dan tindak tanduk mereka dapat difahami oleh semua pihak terutama bagi penggiat politik Sabah yang tidak kenal kekalahan berkonsepkan pepatah Bajau "mangan nya mangan asal kurung kurung".

Ramai melihat hakisan pengaruh UMNO Sabah akan menguncup dari masa ke masa tidak hanya tertumpu di Pantai Timur Sabah,sejauh mana besar kesannya adalah terlalu awal menilainya.

Shaife Apdal adalah dijangka akan meniup semboyan kesukuan untuk menarik seberapa banyak simpati terhadapnya,perlu difahami beliau adalah dari suku Bajau pada satu masa dulu pernah mendominasi politik negeri ini atas kerjasama suku yang ada kaitanya umpamanya Suluk,Ubian,Iranun dll.


Sama samalah kita saksikan sejauh mana Shafie dapat mengajar parti luar ini yang telah menjadi sombong dan takbur ini.......

No comments:

Post a Comment