OLEH: SHAIMON S JUMADI
Sabahinsider14@blogspot.com
PRIHATIN ... James (tengah) menyerahkan sebuah enjin pam air untuk kegunaan penduduk di Kampung Sungai-Sungai yang disampaikan kepada pemimpin masyarakatnya sambil disaksikan beberapa ahli jawatankuasa Umno Beluran serta pemimpin masyarakat setempat
PERJUMPAAN ... James merakamkan kenangan sejurus selesainya perjumpaan dengan Ketua-ketua PDM Sugut tentang kesiap siagaan parti keramat Umno khususnya di kawasan tersebut bagi menghadapi PRU-14 nanti
SUGUT:- Semua ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut diperingat terus mengemaskinikan data-data
daftar pemilih seperti mengenal pasti alamat tempat tinggal dan pekerjaan
terkini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.39 Sugut,
Datuk James Ratib, berkata ia bagi memudahkan segala proses untuk mengetahui
kedudukan mereka sebagai pemilih yang berdaftar di PDM masing-masing.
Katanya, usaha ini membantu kemenangan parti
walaupun Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-14 masih jauh lagi tetapi tumpuan
perlu diberikan sekarang agar tiada masalah untuk memenangi pilihan raya nanti.
"Saya juga merayu kepada ketua-ketua
cawangan, pengarah-pengarah zon pilihan raya dan ketua-ketua serta ahli jawatankuasa
peti undi supaya siap siaga untuk menghadapi pilihan raya.
"Walaupun ianya masih jauh tetapi kita
mesti siap sedia dengan menambah ahli dan mendaftarkan mereka sebagai pengundi.
Kemenangan parti melalui undi daripada mereka yang mendaftar sebagai pemilih,"
jelasnya.
Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) P.
183 Beluran itu menyatakan demikian ketika berucap dalam satu perjumpaan dan
taklimat kesiap siagaan Ketua-ketua PDM Sugut di Bilik Mesyuarat, Pejabat
Perhubungan ADUN Sugut, Pekan Botition, dekat sini, kelmarin.
Dalam perkembangan politik semasa di Sabah
James Ratib semasa ditanya oleh Wartawan Kanan
The Sabah Berneo Insider.Net menjelaskan ianya berjalan baik kerana
semua komponen parti Barisan Nasional (BN) yang ada di Sabah telah menunjukkan
kerjasama yang erat dengan UMNO sebagai rakan seperjuangan.
Ditanya sokongan parti-parti komponen BN
terhadap pucuk pimpinan Datuk Seri Musa
Hj Aman sebagai ketua jentera
pentadbiran kerajaan Negeri Sabah James
Ratib berkata jelas menunjukkan sokongan padu oleh rakan-rakan komponen BN
tarhadap Musa memang cukup baik.
Ini jelas tambah James Musa adalah bapa
pembangunan Sabah yang banyak berjaya untuk membangunan negeri Sabah adalam
aspek perdana pembagunan.
“Saya sekalu Ketua Bahagian UMNO Beluran dan
juga ADUN Sugut jujur saya katakan saya
dan ahli-ahli UMNO daripada peringkat Bahagian, Cawangan dan keakar umbi memang
menyokong kepimpinan Musa sejak dari dulu sehingga sekarang ini” tegas James
Ratib
Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat
(PPM) Sugut, Jalil Atang; Setiausaha Bahagian, Omar Amsulong; Ketua Penerangan
Bahagian, Wahab Ghani; Bendahari Bahagian, Datu Alamsah; mantan Setiausaha
Bahagian yang kini selaku ahli jawatankuasa bahagian, Zikiri Ajad dan Naib
Ketua Wanita Bahagian, Patimah Sukor serta ahli jawatankuasa Pemuda merangkap
Ahli Parlimen Belia Malaysia, Mohd Fazli Zikiri termasuklah para ketua
cawangan.
Pada perjumpaan tersebut, James selaku Ketua
Umno Beluran turut melantik Zikiri bagi menyandang jawatan Ketua Daerah
Mengundi dan Peti Undi Kampung Terusan Sugut.
Serentak itu juga mana-mana pemimpin di
peringkat bahagian mahu pun cawangan yang dilantik agar membentuk ahli
jawatankuasa peti undi dengan memastikan keperluan logistik dan data-data
termasuklah mengenal pasti pengundi yang berada di luar kawasan.
"Ketua-ketua dan jawatankuasa PDM juga
perlu bergerak lebih awal bermula sekarang dengan melakukan kerja-kerja seperti
membuat persediaan bilik gerakan
pilihan raya dan melakukan pendaftaran
pemilih baharu.
"Mesyuarat jawatankuasa PDM perlu
diadakan sekurang-kurangnya dua bulan sekali dan paling penting sentiasa
melakukan pemantauan terhadap pihak-pihak yg menyebarkan fahaman pembangkang
kepada penduduk setempat," tegas Adun Sugut itu.
Beliau yang juga merangkap Pengerusi
Sedcovest Holding Sdn Bhd menyeru pemimpin di setiap peringkat akar umbi supaya
memberi kerjasama sepenuhnya membantu jawatankuasa PDM dalam usaha mengenal
pasti penduduk kampung atau ahli-ahli cawangan Umno yg belum berdaftar sebagai
pemilih, agar memaklumkan kepada jawatankuasa sedia ada bagi didaftarkan
segera.
Di samping itu, ujarnya, mereka juga perlu
membantu memberi penerangan kepada penduduk kampung mengenai isu-isu politik
semasa terutama pembangunan yang dilakukan kerajaan (BN).
James berterima kasih kepada semua
jawatankuasa PDM yang telah bekerja keras dalam berkempen untuk kemenangannya
sebagai calon BN bagi DUN Sugut dan calon-calon BN yang lain sewaktu PRU-13
lepas.
Sempena perjumpaan itu, beliau juga
menyerahkan sebuah enjin pam air untuk kegunaan penduduk Kampung Sungai-Sungai
yang disampaikan kepada Pengerusi JKKK Kg Sungai-Sungai, Mohd Riji Assim.
No comments:
Post a Comment