NURSALLEH PENDUDUK KG SIM-SIM BERTUAH DAPAT KERUSI RODA SUMBANGAN DARI MP SANDAKAN......STEPHEN WONG


OLEH: SHAIMON S JUMADI
Sunday July 17/2016

MP SANDAKAN....Berjiwa rakyat tiada noktahnya terus memberi batuan kepada orang Melayu dalam semua aspek....Syabas  Nursalleh duduk diatas kerusi Roda yang dihadiahkan oleh Wong.

SANDAKAN:-  Semasa berkunjung hari raya yang ke 10 (10hb Syawal 1437) Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt kerumah  Nursalleh Muhammed  jambatan lorong 18 nombor rumah 371 Kampung Sim-Sim dekat sini  dua hari  yang lalu bersama rombongan  kunjungan itu adalah membawa tuah kepada keluarga Nursalleh.

Bilamana Wong melihat  Nursalleh dalam keadaan lumpuh  lantas dia turut simpati teradap nasib yang kurang baik itu menimpa Nursalleh.

Selang dua hari kemudian Wong bersama rombngannya datang  semula kerumahnya dengan membawa sebuah kerusi Roda yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen itu untuk kegunaan  Salleh bergerak kesana sini dengan kerusi roda itu.


Dalam pada itu Wong selanjutnya berkata (ini saja yang saya mampu memberi bantuan berupa kerusi roda kepada Nursalleh) katanya.

Selanjutnya keluarga Nursalleh dengan tulus ikhlas mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wong semoga Allah akan memberikan rezeki yang melimpah-limpah ruah kepadanya.

“Walaupun  YB Wong seorang Ahli Parlimen pembangkang tetapi beliau (Wong) seorang yang berjiwa rakyat sentiasa membantu terhadap orang-orang yang kurang bernasib baik.


Kami sekeluarga dan juga penduduk kampung Sim-Sim akan  menyokong YB Wong  sampai bila-bila masa saja undi kami tetap ditangan DAP pada PRU14 nanti “  katanya lagi.

No comments:

Post a Comment