PROGRAM JELAJAH SYAWAL MP SANDAKAN TERUSKAN HINGGA DIAKHIR 30HB SYAWAL 1437 III


OLEH: SHAIMON S JUMADI (SDK)
Monday July 11/2016

SANDAKAN:- Program  Jelajah Ramadan telahpun berakhir dan digantikan dengan program jelajah Syawal untuk berkunjung kerumah sahabat andai dimusim-musim Hari Raya Aidilftri bagi mengeratkan siratulrahim diantara satu saman lain tanpa mengira warna kulit keturunan bangsa dan agama.


Kelmarin cuti Ahad   Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt bersama rombongannya  sempat berkunjung ke rumah Hj Samsuidn  di kampung Tinusa 2.

Sambil berborak-borak kosong sambil menikmati juadah kuih-muih raya yang disajikan Hj Samsudin memberitahu tentang pergolakan politik di Sabah khususnya yang berlalu krisis UMNO yang semakin parah.


Sejurus selepas dari Kampung Tinusa 2 Batu 7 rombongan Wong terus bergerak menuju ke kampung Sim-Sim untuk mengungjungi beberapa rumah penyokong Pakatan Harapan.


Anataranya rumah yang sempat dikunjungi ialah kediaman  Haji Abdul Fatah Jambatan 2  rumah Ibno Jambatan 24, rumah Tahir Esin Jambatan 24, Rumah Wang Jambatan 23, rumah Ismail Samsudin Jambatan  22, rumah Sami Jambatan 18,  dan rumah Datu Baktihar Jambatan 13.


Wong yang turut di temani Frankie Poon DAP Tanjung Papat kemudian mereka menghulur duit raya kepada warga emas sebagai keperluan di hari raya.

Ternyata sekarang orang-orang bumiputera Islam di daerah Sandakan mulai faham akan perjuangan DAP yang sebenarnya sebagai sebuah parti berbilang kaum khusus untuk membela semua rakyat jelata  tanpa mengira fahaman idlogi politik yang berbesa.


No comments:

Post a Comment