700 AHLI DI BATU SAPI UMUM KELUAR UMNO KERANA HILANG KEPERCAYAAN PIMPINAN NAJIB DAN MUSA AMAN


Monday July 11/2016

LAPORAN KHAS: ISMAILY BUNGSU
Pengarah Komunikasi Datuk Seri Shafie Apdal

GERAKAN dan pergolakan yang berlaku dalam UMNO bukan perjuangankan Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA)  sebalik perjuangkan hak-hak Sabahan dan menentang kemungkaran serta kepimpinan yang korupsi.

Penentangan ini satu tanda secara tak langsung membantah tindakan UMNO yang sudah menyimpang  dari landasan perjuangan asal untuk mempertahankan hak rakyat Malaysia terutama di Sabah.

UMNO yang ada sekarang bukan lagi seperti UMNO yang dahulu perjuangan untuk negara bangsa sebalik lebih kepada mengisi kantong anak bini, suku sakat  dan kerabat terdekat kesan rakyat jadi susah.

Dalam UMNO sudah jelas menegur pemimpin yang korup atau salah guna kuasa itu satu tindakan yang salah, malah konsep UMNO sendiri usaha menangkap sang pelapor dan bukan pencuri dan akhirnya banyak sangat khazanah negara habis mereka kerjakan sedang rakyat hidup penuh menderita.

Kesan perjuangan yang ada sekarang ini hanyalah menyelamatkan pemimpin yang korup atau salah guna kuasa dan itu sebab akta OSA dicipta untuk tidak dibenar menyebar segala kesilapan pemimpin dan ini memang sama sekali bertentangan dengan konsep yang mendirikan sebuah negara sesuai dengan amalan dan perjuangan Islam itu sendiri.

Kesan apa yang berlaku terhadap DS Shafiee Apdal dari Sabah jelas itu satu penghinaan buat Sabahan dan perkara semacam ini tidak boleh dibiar dan itu sebab sekitar 6000 orang datang diperhimpunan baru-baru ini di Semporna tanda membantah dan sekaligus keluar meninggalkan parti UMNO.

Manakala kelmarin  ini satu lagi perhimpunan diadakan di Sanby Hotel Sandakan dan secara tidak langsung di sekitar 700 ahli UMNO yang diketuai oleh Naib ketua UMNO Batu Sapi  Pengiran  Roslan Nasrun mengumumkan meninggalkan UMNO kesan tidak lagi percaya terhadap kepimpinan Najib dan Musa Aman.

Pergolakan yang ada sekarang ini akan merebak ke beberapa tempat di Sabah dan selanjutnya akan diadakan perhimpunan di Kota Belud, Tenom, Membakut dan mungkin di Kuala Penyu.

DS Shaie apdal  ketika menjelaskan jelajah ke seluruh Sabah akan menjelaskan kedudukan sebenarnya kepimpinan negara dan kebobrokan kepimpinan yang ada dan katanya perbuatan pemimpin atasan jika UMNO bawah Najib terus di atas maka rakyat Malaysia terutama yang ada di Sabah akan terus menderita.

" Tidak ada cara lain, rakyat Sabah harus bersatu untuk menolak BN/UMNO di PRU14 akan datang dan dengan cara ini baru perubahan dapat dilakukan secara telus dan jujur untuk semua bangsa " Demikian dijelaskan oleh DS Shafie.

Para pemimpin UMNO di peringkat Bahagian khususwnya Ketua-ketua Bahagian UMNO di seluruh Sabah jangan sombong jangan bongkak cakap temberang  bahawa DS Shafie Apdal tiada pengaruh cona kamu lihat sekarang satu demi satu cawangan-cawangan UMNO di beberapa bahagian mula beransur-ansur keluar meninggalkan UMNO.

Tidak lama lagi Ketua UMNO  Bahagian Kinabatangan  Datuk Bung Mokhtar Raden Datuk Abdul Ghafur Salleh dan Datuk Taufik Datuk Titingan akan menyusul DS Shafie keluar UMNO pada masa terdekat ini kerana mereka ini adalah sekutu dengan DS Shafie.


No comments:

Post a Comment