PAKATAN HARAPAN TIDAK IKHLAS MEMPELAWA DS SHAFIE MASUK PARTI PKR -AMANAH



OLEH: AZMIE AZMAN (SEMPORNA)
Tuesday July 12/2016

TERUS terang saja  Pakatan Harapan  yang terdiri dari PKR-AMANAH dan DAP kalau tidak mahu menerima kemasukan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai ahli kepada parti itu (SENANG CERITA)

Seharusnya Pakatan Harapan tidak  mengeluarkan syarat-syarat yang  tidak munasabah dan tidak masuk akal dengan mencerai isteri kedua DS  Shafie iaitu Zahidah Rafiq gara-gara menyertai parti Pakatan Harapan.

Selidik dulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan di media-media portal  yang boleh   mengelirukan nasyarakat sekeliling.

Maruah orang harus kena  jaga juga, betul kah DS Shafie ada skendal  dengan seorang artis (pelakon) Zahidah Rafiq .

Saya harap DS Shafie harus menjawab  segala tuduhan-tuduhan untuk membersihkan nama baik Shafie yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Zahidah.

Berita sebegini rupa pernah tersiar di Sabahkini.Net tentang dakwaan DS Shafie  bersekendal dengan Zahidah  empat tahun yang  lalu lepas  itu senyap begitu saja.

Sepatutnya pihak Pakatan Harapan jika ikhlas benar-benar mempelawa DS Shafie untuk mengaggtai salah satu parti dalam barisan Pakatan Harapan tidak perlu perkara yang sudah basi  ini  diwar-warkan di media portal buat  malu seseorang saja, ini soal Maruah.


Kalau begini caranya terlalu banyak songeh PAKATAN HARAPAN  lebih baik DS Shafie tak perlu menyertai PKR atau AMAMAH kecuali menyertai DAP parti yang sedarhana  ataupun lebih baik tubuhkan parti baru saja senang diurus daripada ikut parti yang  terlalu  cerewet itu.

Saya fikirkan DS  Shafie  bagus buka parti baru tentu dapat sokongan padu yang terdiri daripada  rakyat Sabah tetapi bekerjamasa juga dengan parti Pakatan Harapan pada PRU14 nanti untuk menumbangkan kerajaan  UMNO/BN

Sebab parti Pakatan Harapan terlalu banyak syarat sehingga tergamak hendak meruntuhkan rumah tangga orang yang telah dibina beberapa tahun lalu.

Ramai  di kalangan pengikut setia DS Shafie rasa kecewa dengan sikap angkuh-bongkak segelintir pemimpin PKR-AMANAH yang tergamak menyuruh DS Shafie menceraikan isteri kedua  Zahidah Rariq  jika benar dakwaan DS Shafie berkahwin dengan artis berkenaan  atau fitnah sahaja dengan tujuan untuk nenburuk-burukan peribadi DS Shafie kerana dengki atas kejayaan apa yang telah dicapai oleh DS Shafie ini selama ini dalam arena politiknya.

Berikut  kenyataan media portal  Pakatan Harapan

Tindakan bekas Menteri Shafie Afdal ini umum keluar UMNO semalam kerana hilang kepercayaan kepada parti itu memang dialu-alukan.
 Sekalipun alasannya keluar UMNO jelas kerana tidak puas hati dengan Musa Aman, bukan Najib, tapi asal keluar dari UMNO saja, tidak mengapa, ada nilai pada kita.
Bagaimanapun, jika Shafie bercita-cita meneruskan perjuangan politiknya dalam Pakatan Harapan (dengan menyertai mana-mana parti komponen), dia haruslah terlebih dahulu membersihkan dirinya dari segala skandal yang pernah melingkari dirinya semasa dalam UMNO dulu.
Antaranya, dakwaan perkahwinan secara rahsianya dengan artis bernama Zahida ini.  

Isu ini bukan sekadar tentang Shafie berkahwin baru sahaja tapi turut terlibat skandal wang beratus ribu yang kononnya diberikan Shafie kepada Zahida.
Kalau sekadar skandal kahwin satu lagi atau skandal seks, Pakatan boleh menerima lagi tapi bila melibatkan rasuah dan penyelewengan,itu tidak boleh diterima.
Justeru Shafie, kalau nak masuk Pakatan, ceraikan dulu Zahida, baru boleh.
Ini wajar kerana Pakatan tidak mahu terbeban dengan masalah Shafie semasa dalam UMNO.

Setakat keluar UMNO tapi tidak membersihkan diri dari skandal, belum cukup untuk melayakkan dirinya masuk Pakatan.
Datuk Seri Anwar telah menetapkan syarat agar setiap bekas pemimpin UMNO yang ingin menyertai Pakatan Harapan, perlu lah  bersih dari segala skandal dan rasuah dan semua pihak perlu akur.  

Niat beliau nak menjadikan Pakatan ini sebuah parti yang bersih dari segala segi, kenapa nak tolak?


No comments:

Post a Comment