JANGAN SOKONG MANA-MANA PARTI KENA TAJA



Tuesday July 12/2016

LAPORAN KHAS: ISMAILY BUNGSU
Pengarah Komunikasi Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA)
SABAH ada 23 parti dan 13 parti yang baru diluluskan. Mana satu parti yang ditaja oleh pemerintah?
Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA)  tidak menyatakan mana parti tetapi rasanya kita sudah tahu terkilas ikan di air sudah tahu jangan betinanya.
Cuba kaji PRU13 lalu di parlimen Kota Marudu dan Keningau ada pertembungan 3 parti iaitu STAR, PKR dan BN.
 Undi STAR dan PKR kalau dikumpul bisa saja mengalahkan BN ketika itu dan pertembungan 3 penjuru memang menguntungkan BN dan tambahan 13 buah parti lagi memudahkan BN kuasai DUN di Sabah.
Kuala Lumpur sengaja luluskan 13 parti terbaru dan memang jelas mereka mahukan sistem pecah dan perintah.
KDM susah bangun kesan ada PBS, PBRS, UPKO dan STAR dan itu jelas memecahkan kaum KDM sendiri yang begitu kuat dalam tahun 1985 dan Malaya memang tidak mahu KDM bangkit seperti dulu, lalu ia usaha lulus penubuhan banyak parti yang KDM ketuai.
Dalam BN sistem itu sudah berjaya dan sekarang mereka usaha di luar BN dengan cara meluluskan 13 buah parti dan 13 buah parti itu kita tidak tahu dan yang jelas hanya PSC sahaja yang begitu aktif sedang yang lain hanya menunggu PRU14 nanti di ambang pintu.
 Nah, melalu whatsapp DSSA menjelaskan agar jangan sekali-kali menyokong parti yang ditaja dan apakah 13 parti dimaksud ada antaranya tajaan mereka kalangan BN?
Rakyat boleh menilai dan pernah DSSA menyatakan ada ketua parti sesudah PRU13 lalu memperlihatkan kekayaan mereka dan tidak hairan ada yang menerima habuan 
Setakat ini DSSA belum menyatakan parti mana dan nantinya rakyat Sabah akan tahu dan boleh menilai sendiri sebab mereka mahu kemenangan tetapi mereka pecahkan undi dan membiarkan BN jadi juara dan perbuatan semacam ini khianat kepada penduduk Sabahan.
 " Kita mahu yang benar-benar  mahu BN tersungkur di PRU14 akan datang dan Sabahan mesti bangkit dan jangan menyokong parti yang menjadi barua BN" Katanya ketika kami berhubung siang tadi.

No comments:

Post a Comment