JAMAL NAFI DAKWAAN 700 AHLI UMNO BATU SAPI KELUAR UMNO



OLEH: SHAIMON S JUMADI
Tuesday July 12/2016

BATU SAPI: Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Batu Sapi merangkap Pengerusi Biro Aduan Awam Sekong  Datuk Hj  Jamal Pinandil Lim menafikan sekeras-kerasnya dakwaan 700 orang ahli UMNO Batu Sapi  keluar UMNO baru-baru ini.

Katanya kenyataan yang dibuat oleh Naib Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi  Pengiran Roslan Nasrun itu sebenarnya tidak betul itu merupakan satu kenyataan pembohongan besar untuk mengelirukan rakyat di kawasan Batu Sapi.

“Pada masa itu Roslan telah menjemput majlis rumah terbuka Hari raya di  Hotel Sanbay  memang benar terdapat juga ahli-ahli UMNO batu  Sapi yang hadir tetapi selebihnya 70 peratus mereka adalah terdiri daripada ahli-ahli parti pembangkang.

Kalaupun mahu membuat kenyataan biarlah secara jujur bukannya  kelintong  ini sengaja mahu mencari popularity diri sendiri disamping  mencari publisiti murahan.” Kata Hj Jamal ketika dihubungi oleh pihak media portal The Sabah Insider.Net sebentar tadi di kediamannya di Kg Bokara.


Kelmarin semasa sidang media   dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi bagi mewakili Ketua Bahagian UMNO yang kini berada diluar Negara  orang-orang yang turut hadir menyaksikan sidang media itu adalah orang-orang yang sama yang hadir pada jemputan majlis rumah terbuka di Sanbay Hotel anjuran Pengiran Roslan.

Kata Hj Jamal lagi sebenarnya mereka tidak tahu menahu yang Roslan  akan  mengumumkan bahawa 700 ahli-ahli UMNO keluar dari UMNO  Batu sapi mereka ini telah diperdayakan bulat-bulat oleh Roslan.

Haji Jamal yang mewakili 700 ahli UMNO Batu Sapi berikhrar akan setia terhadap pimpinan Ketua bahagian Sekong Batu Sapi sampai bila-bilapun.

“Jatuh bangunannya saya tetap menyokong perjuangan UMNO yang  banyak membawa kebagian kepada 100 peratus orang-orang Melayu  dalam mengharungi kehidupan seharian serba serbi kemewahan” kata Hj Jamal.

Kata Hj Jamal lagi setelah UMNO bertapak di  bumi Sabah bermula dari tahun 1994 sehingga sekarang 90 peratus orang-orang Melayu/Bumiputera  di Sabah sudah  jadi  jutawan  ini membuktikan pemimpin UMNO benar-benar membantu rakyatnya  dalam pelbagai aspek.


Tambahnya lagi jika rakyat mahu  hidup senang lenang  maka rakyat harus menjadi ahli UMNO pastinya akan menjadi kenyataan bukan halayan  dan rezeki datang bergolek melimpah ruah tidak putus-putus  kocek sentiasa dipenuhi oleh wang  ringgit  ini adalah hasil keberkatan menyertai UMNO

No comments:

Post a Comment