Oleh: Evangeline
Soraya Kigis
Tuesday July 12/2916
30 TAHUN BERJUANG.....Dalam UMNO 30 tahun saya berjuang namun perjuangan saya sia-sia belaka tidak dihargai langsung oleh para pemimpin UMNO Malaya.
30 TAHUN BERJUANG.....Dalam UMNO 30 tahun saya berjuang namun perjuangan saya sia-sia belaka tidak dihargai langsung oleh para pemimpin UMNO Malaya.
1.DATUK Seri Shafie Apdal adalah
salah seorang individu menyemai bibit UMNO di Sabah bermula dari Usukan Kota
Belud sehingga lah berkembang subur dan membuah hasil sehingga Sabah mendapat
jolokan Fix Deposit.
2.Hanya
beberapa tokoh politik yang bertanggung jawab langsung membawa Parti Melayu ini
ke Sabah yang diungguli oleh Alyrm.Tun Mustapha dan Tun Sakaran,Datuk Karim
Ghani dan Shafie Apdal sebagai ketua Pemuda UMNO Sabah.
3.Faktor kemasukan
Parti Melayu ini ke Sabah kerana beberapa percubaan melawan PBS gagal akibat
perpecahan Islam Sabah kerana sokongan mereka tidak terarah berkerjasama
sehinggalah disatukan dalam satu wadah UMNO.
4.Pada
akhirnya Tun Mustapha yang pertama menjadi ahli undangan Usukan mewakili UMNO
diperlagakan dengan Tun Sakaran.
5.Sehingga
Tun Mustapha tersingkir dan membuat pakatan dengan PBS plus tetapi usaha beliau
ini gagal untuk memertabatkan kembali USNO atas galakan bekas penyokongnya yang
mulai tidak dihargai kehadiran mereka dalam parti Melayu ini.
6.Atas
usaha gigih Shafie Apdal untuk mengimbangi Tun Sakaran yang mana diketahui umum
kapasiti pimpinan beliau sehingga menyerahkan jawatan ketua menteri kepada
Datuk Salleh Said yang selayaknya Datuk Osu Sukam kerana beliau adalah senior
dalam UMNO Sabah manakala Salleh Said bekas wakil rakyat PBS yang baru dalam
UMNO.
7.Peranan
DSSA tidak terhenti disitu untuk mengukuhkan UMNO dengan hubungan yang baik
dengan pucuk pimpinan parti sehingga menjadi naib presiden parti dan dilantik
menjadi menteri kanan persekutuan dalam beberapa kementerian.
8.Datuk
Abdul Rahman adalah bidang terjun dalam UMNO Sabah tidaklah layak melabelkan
DSSA tidak mempunyai pengaruh di Sabah,semasa bumiputra Islam Sabah berhempas
pulas pada 1994 untuk mengambil tangkup pemerintahan dari PBS,Rahman tidak ada
peranan langsung.
9.Sekali
lagi DARD menjadi calon bidan terjun penyebab utama Datuk Seri Salleh
tersingkir dari arena politik Sabah.
10.Kini
DSSA diluar UMNO bukan hanya mendapat simpatisan dari bekas ahli USNO tetapi
dari NGO dan parti parti pembangkang yang sedar hak Sabah terhakis oleh
pemimpin pemimpin Sabah dalam UMNO yang hanya mementingkan diri dari negeri ini
dan rakyatnya.
11.Siapa
yang lebih berjasa dalam liku liku politik Sabah di antara Rahman Dahalan dan
Shafie Apdal?
No comments:
Post a Comment