CABARAN BARISAN NASIONAL (BN) LAWAN PAKATAN HARAPAN PADA PRU14 NANTI


Monday July 11/2016

Oleh:  Evangeline Soraya Kigis

SUDAH  dua  kali PRU, Sabah dan Sarawak telah memberi talian hayat kepada kerajaan Barisan kekal mentadbir Negara namun pun kursi parlimen miliknya berkurangan dan kekal tidak mecapai 2/3 penguasaanya di parlimen.

Memandangkan dua wilayah ini adalah sebagai penentu melayakkan BN terus berkuasa pada PRU14 hanya tinggal 24 bulan lagi.

Telah menarik perhatian serius oleh parti parti pembangkang yang dianggotai pelbagai etnik pada kebiasaannya hanya permuafakatan kerjasama diantara parti Sabah dan semenanjung tetapi kali ini telah menarik perhatian dari parti pembangkang Sarawak yang julung kali secara sistematik ketiga tiga wilayah ini membuat ikatan kerjasama berhadapan dengan Barisan Nasional semasa PRU 14 nanti.

Kerjasama ini satu peningkatan kesedaran rakyat wilayah Timur Malaysia dan satu ancaman kepada Barisan Nasional diterajui oleh YAB.Najib tambahan dengan isu 1 MDB semakin hari terungkai data dan fakta yang disembunyikan dari khalayak umum.

Isu 1MDB tidak begitu memberi kesan kepada pemilih Sabah dan Sarawak kerana kekaburan isu dan pencerahan rakyat kekaburan almaklum hampir 80% kawasan parlimen terdiri dari pendalaman dan isu tidak ada hubung kait dengan kehidupan mereka seharian.

Namunpun demikian kos hidup tinggi dan barangan asas harganya bertambah tinggi akan dapat mempengaruhi pilihan parti mana mereka sokong kelak.
Sejauh mana kerajaan Persekutuan dapat memenuhi janjinya akan menurunkan kuasa autonomi penuh semasa PRN Sarawak.

Bagi Sabah kegagalan RCI dan MA63 berhubung hak hak yang terhakis adalah duri dalam daging tambahan faktor Shafie Apdal dari suku Bajau sudah pasti akan membawa negatif kepada Barisan Nasional Sabah.

Bagaimana pula sekutu pembangkang Sabah dan Sarawak dari Malaysia Barat hanya dapat mempertahankan kerusi pembangkang yang sedia ada sudah memadai.

Pada peringakat awal tujuh parti dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung bentuk perikatan menghadapi pilihan raya umum dianggotai enam parti politik picisan di Sabah dan Sarawak serta satu dari Semenanjung dilaporkan menjalin kerjasama dalam satu bentuk perikatan untuk mencabar dominasi Barisan Nasional.

Perikatan baharu itu, yang dijangka dinamakan Gabungan Rakyat Saksama atau ringkasnya Saksama, dibentuk sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan menjelang Julai 2018.

Komponen Saksama terdiri daripada Parti Reformasi Negeri (Star), Parti Sejahtera Angkatan Perpaduan Sabah (Sapu), Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Baru), Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama), Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan daripada Semenanjung, Parti Alternatif Rakyat (PAP).
Presiden Star Lina soo mengumumkan perikatan baharu itu dalam satu sidang media di Kuching, menurut Star Online.

Beliau berkata perikatan itu ditubuhkan ekoran kegagalan parti-parti pembangkang mencabar BN, dan menambah Pakatan Harapan kini berpecah.

Lina berkata Presiden Bersama Philip Among mengerakkan perikatan baharu itu bulan lepas. Lebih ramai parti dijangka menyertai perikatan ini.
Beliau menambah mereka sudah memohon ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk didaftarkan sebagai perikatan yang sah.

"Kami akan menjadi kekuatan politik alternatif kepada Barisan Nasional,” katanya.

No comments:

Post a Comment