SELENGGARAKAN LONGKANG-LONGKANG TERSUMBAT DEMI MENGELAKAN DILANDA BANJIR

DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI

BERMULA bulan Oktober hingga Januari 2016 adalah musim hujan yang disebut sebagai musim tenkuju di kawasan rendah sememangnya mudah dilanda banjir kilat dan banjir sebaliknya.

Sudahkah pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya pihak Majlis-Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah telah melakukan kerja-kerja menyenggelaraan saliran parit-parti atau longkang di kawasan perumahan dan juga parit-parti serta longkang yang terlelak ditepi-tepi jalan raya.

Dinasihatkan penduduk-penduduk Kampung yang berhampiran dengan sungai agar siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dilanda banjir besar.
 
Begitu juga penduduk-penduduk  dikawasan perumahan yang mempunyai longkang  jika longkang-longkang dalam keadaan semak samun oleh rumput rumpai segera berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk membersihkan longkang-longkang itu yang tersumbat oleh hakisan atau sampah sarap demi melancarkan air mengalir deras

Kita difahamkan punca banjir yang kerap berlaku di kawasan perumahan itu ada disebabkan oleh system saliran longkang yang tidak semporna.


Banjir yang melanda disetiap tempat memang sudah tidak dapat elakan kalau hujan setiap hari berpanjangan tak pernah henti siang malam hujan  dan sungai sebesar sungai Kinabatanganpun kalau hujan berpanjangan sehingga sebulan lamanya pasti sungai itu tak dapat menampung air besar kemudian melimpah ruah memasuki dicelak-celak anak sungai kecil itulah kawasan rendah mudah dilandar banjir itulah puncanya.

Pesanan dari Wartawan Sabah Insider bila musim banjir jangan sesekali membenarkan anak-anak bermandi manda kerana dikhuatiri air deras boleh manghanyutkan walaupun mereka pandai berang.

Tidak dinafikan kalau musim banjir macam satu pesta bukan saja kanak-kanak suka bermandi manda bahkan orang dewasa juga turut mandi.



Sementara penduduk Kampung Kuhara Tawau yang berumah ditebing sungai agar berwaspada kerana kalau musim banjir banyak buaya yang tidak diundang bertamu sehingga masuk kebawah kolong untuk mencari mangsanya.