ADUN KARAMUNTING DISARAN CARI BANGUNAN UNTUK SAN-SAR

OLEH: SHAIMON S JUMADI

KARAMUNTING:- Para ibubapa yang menyekolahkan anak-anak mereka ke Sekolah Agama Negeri (SAN) meminta belas kesihan dengan Wakil Rakyat Karamunting khususnya Charlie Pang untuk membantu mendapatkan peruntukan bagi menambahkan keluasan bangunan sekolah agama tersebut.

Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) adalah sebuah institusi pengajian Islam  adalah dibawah tanggungan pihak JHEAINS termasuk tenaga pengajar dan gaji guru-guru.

Antara cadangan yang diajukan oleh para ibubapa ini  bagi DUN khususnya DUN Karamunting yang tidak mempunyai Sekolah Agama Negeri (SAN) tapi masih boleh menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) kawaswan DUN masing-masing.untuk jangka pendek  mengatasi keperluan asas yabng mendesak.

Pemimpin setempat boleh mencari tempat atau bangunan yang sudah sedia ada untuk dijadikan bangunan SAN atau SAR      buat sementara waktu saja dan sebenarnya SAN-SAR Karamunting memang tidak mencukupi hanya ada tiga ruang bilik saja dan tidak dapat menampung 150 orang murid.

Sebagai contoh di kawasan DUN Sekong tidak mempunyai SAN atau SAR  adapun SAR yang terletak di Kampung Bahagia adalah diperuntukan oleh UNHCR.

Memang kelihatan ganjil anak-anak tempatan bumiputera telah dihantar  ke sekolah dibawah naungangan UNHCR begitu juga agak ganjil sedikit anak-anak penduduk Sekong dihantar  untuk belajar di SAN dan SAR Karamunting maka wajar kedua ADUN Karamunkin dan Adun Sekong perlu mencari jalan alternative bagi mengatasi masalah tersebut demi keselesaan anaki-anak Islam setempat.