JABATAN HIDUPAN LIAR AKAN AMBIL TINDAKAN RESTORAN SAJIKAN TELUR PENYU

OLEH: SHAIMON S JUMADI
 TELUR PENYU....Kelihatan telur penyu terhidang diatas meja tetamu dif-dif kehormat perlu kah diambil tindakan undang-undang
SANDAKAN:- Jabatan Hidupan Liar Sabah telah diarahkan untuk menyiasat susulan gambar seorang menteri persekutuan dihidangkan dengan telur penyu iaitu spesies terancam di negara ini.
Gambar yang viral di laman media sosial pada Rabu menunjukkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob duduk semeja bersama Ketua Umno Bahagian Beluran, Datuk James Ratib sambil menikmati makan malam di sebuah restoran makanan laut dipercayai di Sandakan.
Namun apa yang dihidangkan di atas meja adalah kira-kira dua dozen telur penyu.
TIDAK MENYEDARI.....Barangan larangan jadi sajian rasmi

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun yang dihubungi  Portal Online The Sabah Insider mengesahkan siasatan sedang dijalankan pihak berkuasa dan menggesa agar semua pihak menunggu keputusan hasil siasatan dalam masa terdekat.
http://avn.innity.com/rt/?cb=1446431563&a=1960&e=8760
“Tunggu hasil siasatan Jabatan Hidupan Liar Sabah,” kata Masidi.
Pengusaha restoran termasuk penganjur majlis berkenaan juga akan disiasat atas perbuatan menghidang telur penyu.
Di Sabah, penyu dilindungi di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.
Menurut Seksyen 41 enakmen itu, ia adalah satu kesalahan untuk memiliki haiwan-haiwan itu atau produk (telur) spesis itu, di mana sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, Ismail Sabri dalam laporan The Star menafikan bahawa beliau memakan telur penyu di majlis makan malan di Sabah.
“Saya memang pantang makan telur penyu kerana kolesterol yang tinggi. Sudah lama saya tidak makan telur penyu,” katanya menerusi mesej pesanan ringkas kepada akhbar berkenaan.
Gambar yang tersebar di media sosial itu turut mendapat kritikan pelbagai pihak, termasuk pencinta alam sekitar
Katanya Jabatan Hidupan  Liar Sabah tidak memilih bulu tidak kira orang awam atau orang yang berkedudukan menteri sesiapa yang didapati bersalah tetap akan diambil tindakan undang-undang


No comments:

Post a Comment