RUKUN TETANGGA (RT) MAMPU MENGGEMBLING TENAGA KE ARAH PERPADUAN......ZAKARIA

OLEH: AZMIE AZMAN
Kelihatan .......Zakaria sedang memalu gong untuk merasmikan majlis tersebut

 

SANDAKAN”-  Ahli-ahli pertubuhan Rukun Tetangga (RT) di negeri ini digesa terus memainkan peranan sebagai perantara antara kerajaan dan rakyat dalam merealisasikan kemajuan dan pembangunan negara. 

Menurut Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris, RT juga dilihat mampu mengembeling tenaga ke arah perpaduan terutama di kawasan luar bandar dengan membawa mesej kerajaa*n perihatin dan mengutamakan kepentingan rakyat, kata .

Beliau berkata demikian dalam ucapan semasa merasmikan Majlis Apresiasi Dan Jalinan Padu Rukun Tetangga Daerah Sandakan 2015 di sebuah hotel di sini Selasa malam.
          *
Dalam konteks berbilang kaum jelas memberikan gambaran bahawa perpaduan yang terbina di negara ini terhasil daripada hubungan baik semua kaum tanpa mengira  bangsa keturunan dan agama, tambah Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum.

Justeru itu, Zakaria mengajak masyarakat untuk terus menyokong setiap pelaksanaan aktiviti oleh pertubuhan Rukun Tetangga di negeri ini.
          
Menurut beliau, sungguhpun rukun tetangga hanya sebagai pertubuhan sukarela, namun kehadiran pertubuhan berkenaan amat diperlukan dalam membentuk masyarakat majmuk yang sekaligus mencerminkan komposisi kaum di negara ini.

Turut hadir pada majlis ialah Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional,Sabah, Delin Liet Blaun , Pemimpin Pembangunan Masyrakat DUN Gum Gum Kamal M. Said serta pemimpin masyarakat setempat.

Sehingga kini, di Sabah terdapat  sebanyak 948 Kelab Rukun Tetangga (KRT) dan sejumlah 276 Skim Rondaan Sukarela (SRS). Daripada jumlah itu, 37 KRT dan 10 buah SRS adalah di Sandakan.



No comments:

Post a Comment