SYABAS DAN TAHNIAH JABATAN HIDUPAN LIAR TIDAK PILIH BULU DALAM MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG ......KEMLLIA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

 
TAWAU:-  Berhubung hidangan telur penyu yang dijadikan sajian dan santapan makan malam bersama seorang menteri persekutuan  disalah sebuah restoran terkemuka disini mendapat perhatian umum setelah gambar telur penyu dirakamkan kemudian dinaik muat di laman social FB dua hari lalu.

Sebanarnya  pihak restoran dan pihak penganjur lebih maklum bahawa telur penyu sama ada yang menjual adan yang membeli adalah satu kesalahan  besar  jika di sabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan undang-undang dibawah Enakmen  Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 dibawah Seksyen 41 yang boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Syabas dan tahniah pihak Jabatan Hidupan Liar kerana berjaya merakamkan gambar telur penyu yang terhidang diatas meja sebagai bahan bukti dan seterusnya mengambil tindakan terhadap pemilik restoran  dan juga pihak penganjur yang terbabit.

Begitulah penjelasan oleh seorang aktivis masyarakat iaitu Dato Paduka Dr Kemellia Hassan dalam satu kenyataan hari ini ketika diminta mengulas mengenai insiden itu.


Sambil memuji pihak Jabatan Hidupan Liar yang tidak memilih bulu atau bias dan akan mengambil tindakan tegas walaupun menteri, pihak penganjur majlis dan juga tuan punya restoran bakal berdepan dengan undang-undang seperti yang saya sebutkan diatas ini.

“Tindakan pihak Jabatan Hidupan Liar bertindak sedemikian ini boleh dijadikan contoh kepada orang awam terutamanya orang-orang menjual telur penye secara terbuka seperti yang kerap dilakukan oleh orang-orang filipin (PATI) tanpa segan silu menjual dan menawarkan kepada pembeli” katanya lagi.