YEO BOON HAI : JAWAB SOALAN POKOK


( Ketua menteri/YB Dun Karambunai dan yb jumat kena jawab)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Khamis Sept. 29/2016

SEMALAM telah saya tulis nota hal kampung Sabang, Lok Butah dan Madas yang kononnya tanah itu telah diambil oleh kerajaan dan diserahkan kepada sebuah syarikat untuk perumahan yang dikatakan seunit sekitar setengah juta RM harganya.

Tanah tiga kampung itu telahpun ditentukan untuk 3 kampung dan sekarang kononnya mahu digunakan oleh syarikat untuk projek perumahan mewah.

Diceritakan ini kesan ada kerjasama pihak YB Dun Karambunai dan kesannya bagaimana mereka yang di tiga buah kampung berkenaan yang rata2nya pelbagai bangsa di sana.

Mana sudah konsep rakyat susah didahulukan sedang tanah beribu ekar/hutan habis dirampok oleh mereka yang berkuasa dan rakyat miskin sekadar lot tanah digasak dengan rakus atas alasan pembangunan?
Di mana perikemanusiaan yang berkuasa?

Seharusnya menteri/YB Karambunai menjawab isu yang saya bangkit semalam atau sekurang-kurangnya Ketua Menteri selaku ketua kabinet menjawab persoalan.

Kenapa harusnya PPM Tuan Haji Manja yang menjawab persoalan itu sementara mayor begitu tega mengatakan yang konon banyak orang yang mengambil kesempatan untuk menjual lot berkenaan.
Apakah Mayor punya bukti melemparkan tuduhan membabi buta dan kalau ada sila tunjukkan kenyataan mayor itu benar dan bukan fitnah.

Setahu saya orang kampung di ketiga kampung berkenaan hanya melakukan pungutan penimbusan sahaja dan itu untuk dibayar kepada kontraktor kesan pengunaan jentera penimbus. Mereka rata-rata orang susah dan miskin dahaga mahu ada rumah sendiri bukan mahu berjuta ekar tanah balak.

Nah, yang berkenaan tidak usah putar belit dan kembali sahaja ke soalan asas bahawa apakah benar DBKK tidak mendapat kelulusan dari ketua menteri soal pembinaan perumahan itu?

Dan apakah benar premium sudah dibayar untuk projek yang dimaksudkan dan YB DUN Karambunai/kena jawab persoalan ini dan bukan jawabannya asyik bersilat kata dan usaha memutar belit persoalan asas.


No comments:

Post a Comment