( fokas bidang media)
OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Thursday
Sept. 29/2016
PENA
itu lebih tajam banding belati.
Pemimpin atasan lebih takut dengan nota/mata pena dan itu bisa menjadikan
mereka tersungkur jatuh tak bangun-bangun.
Itu
sebab banyak negara di dunia kebanyakannya tersungkur bila kaum
penulis/wartawan tidak lagi sebelahi mereka dan sekarang ini banyak kerajaan di
barat/timur selatan utara jatuh tersungkur kerana media laman sosial.
Laman
sosial seperti facebook, grup facebook, twitter, grup whatsapp cukup bahaya,
apa lagi kalau2 semua digunakan untuk menyerang tetapi di Malaysia ini yang
saya perhatikan ramai suka sangat hanya di grup WHATSAPP dan ini sebenarnya
tidak cukup.
Grup
Whatsapp keahliannya hanya sekitar 256 orang sahaja dan biasanya ahli2 terdiri
teman-teman dalam parti dan kesannya berita atau bahan tidak menyebar secara
pantas dan kesannya tidak begitu secepat kilat.
Misalnya
saya perhatikan hanya sekitar 3 grup Facebook PKR sahaja yang wujud di Sabah
dan di Sarawak langsung tidak saya temui.
Yang
ada semuanya saya cipta sekitar 100-120 grups seperti grup Facebook PKR
Kuching, Samarahan, Bintulu, Lawas, Bareo, Miri, Sarikei, Hulu Rejang, Lubok
Antu, PKR Sabah Sarawak dan banyak lagi.
Sementara
di Sabah, saya cipta PKR Nabawan, Sandakan, Kinabatangan, Kudat, Sipitang,
Tenom, Dandun, Pitas, Kiulu, Kinabatangan, Silam, Papar, Membakut dan
sebagainya.
Tak
terkira grup Facebook lain seperti KALA JANTUNG BERDEGUP ahli 140,000 orang,
Wajah Sabah, DSSA dan banyak lagi termasuk juga grup di Semananjung yang saya
sendiri dilibatkan sebagai admin.
Barangkali
semuanya keahlian di sekitar dua juta orang dan ini belum dikira blog, Twitter
dan banyak lagi.
Tetapi
sayang sekali orang politikus terutama mereka yang duduki kerusi parti ada pula
yang tidak kesah hal-hal ini sedang
semuanya ini amat penting sekali tetapi mereka itu asyik sebuk di grup WHATSAPP
yang ahli limit tidak lebih 256 orang dan kekadang perbincangan hanya terhad di
kalangan mereka-mereka sahaja dan orang lain tidak dilibatkan, lalu bagaimana
mahu menarik ahli untuk sertai parti dan menjadi pengundi menangkan parti di
PRU mendatang?
Terus
terang di dalam parti Penerangan dan Komunikasi harus memainkan peranan dan
termasuk STRATEGI dan harusnya JK ketiga jawatan penting ini dibentuk satu jawatankuasa
agar di daerah masih-masih ada pengerusi untuk menggerakkan dan mencipta grup2
di cabang masing-masing.
PRU14
dijangka sekitar Mac-Ogos tahun 2017 dan difahamkan sesudah raya tetapi kalau
yang berkenaan asyik mendiamkan diri dan tidak bergerak dan tidak berkerja
secara keras maka saya lihat BN semula berkuasa.
Nah,
kerana itu pengerusi parti atau yang berkenaan harus semula memikirkan hal ini
dan harus bergerak secara cepat, tangkas yang boleh menggerunkan musuh politik.
Sekarang
ini memang banyak sangat ISU dan kalau yang berkenaan dapat memainkan
peranannya maka tidak hairan BN akan tersungkur di PRU14 akan datang.
No comments:
Post a Comment