RAKYAT SABAH DAN SARAWAK JANGAN LEPASKAN PELUANG. UNDI DAP-PKR AMANAH PRU14



OLEH: SORAYA EGG
Sunday Sept,. 18/2016

1.RAMALAN PRU14 akan berlangsung sekitar March 2017 dijangka paling meriah apa tidaknya kumpulan melayu bergelut menambat kuasa dalam siri mencuri sokongan dari parti PKR,AMANAH,BERSATU,PAS &UMNO.

2.Sekali lagi Sabah dan Sarawak akan menjadi kuasa penentu siapakah yang layak menjadi peneraju kerajaan Malaysia selepas ini.
Undi Cina dan India adalah bonus untuk pembangkang untuk menghadapi Barisan Nasional.

3.Tambahan kursi peringkat dewan undangan negeri mungkin membawa kelebihan pada BN tetapi pendaftaran baru terdiri dari orang muda akan memberi kesan buruk kepada parti kerajaan kerana trend undian mereka cenderung untuk perubahan.

4.Kempen selamatkan Malaysia yang dipelopori oleh BERSATU telah membawa kesan positif mendapat sokongan 1.4 juta dan perhimpunan BERSIH walaupun gagal menekan Najib sebagai perdana menteri, kesannya telah menyebabkan masyarakat pelabur berhati hati dan sedikit sebanyak menjadi renjatan perkembangan ekonomi negara. Moral penyokong pembangkang dan pengundi atas pagar bertambah yakin bahawa kerajaan ada sekarang akan runtuh bila bila masa dapat dilihat setiap program pembangkang mendapat sambutan yang baik.

5.Peningkatan kesedaran rakyat Sabah dan Sarawak berhubung hak mereka pun menjadi satu hambatan besar dengan kerajaan untuk menguasai 56 parlimen sepenuhnya sebagai mendukung kelemahan mereka hadapi di semenanjung yang kian susut pengaruhnya.

6.Kejayaan S4S dan kesedaran parti parti tempatan yang cuba digambelingkan oleh DSSA dibawa Gerakan Parti Tempatan Sabahan/GPTS. Ramai mengharapakan kerjasama DDJK dan DSSA akan menjadi kenyataan menjayakan aspirasi rakyat Sabah memperbetulkan situasi politik Sabah yang kehilangan kuasa tawar menawar semenjak dibawah teraju UMNO Sabah

7.PRU14 bukan sekadar pilihan raya biasa bagi rakyat Sabah tetapi merupakan satu memorendum kepada kerajaan persekutuan yang telah membelakang semua tuntutan rakyat negeri ini.

8.Terbukti kegagalan persekutuan di mana parti PBS,UPKO dan My Sabah(agen UMNO) turut sama menuntut pertanggungjawab persekutuan perlu menunaikan segala janji secara langsung tak langsung perlu ditunaikan selaras dokumentasi yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia.

9.Ubah Sabah dengan mandat baru dan sap kepimpinan baru ke arah Sabah baru.


No comments:

Post a Comment