OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Selasa
Sept, 13/2016
BANYAK sangat yang bertanya kepada saya, apa saja DS
Shafie Apdal lakukan masa duduki kerusi Menteri? dan ditanya lagi, apa saja
sumbangannya terhadap Sabah.
Secara rengkas rumah PPRT, Tangki Biru, Jalan kampung,
bakalan api letrik dan banyak lagi memang antara sumbangan KKLW yang pernah DS
Shafie Apdal duduki.
Barangkali perlu kita lihat sistem kabinet negeri dan
persekutuan.
Sistem kabinet ialah sistem barat, makna apa saja
perbincangan di kabinet persekutuan atau negeri meski dipersetujui secara
MAJORITI dan minoriti kena akur suara majoriti tak dibenar bersuara di luar
kabinet.
Misalnya kabinet persekutuan sekitar 35 orang jumlahnya
dan jika DSSA Shafie Apdal mencadangkan sesuatu demi kebaikan Sabah mestilah
mendapat sokongan majoriti dan jika gagal mendapat sokongan secara majoriti,
maka cadangan itu ditong sampahkan. demikian juga sama halnya di kabinet negeri
Sabah. Lalu bagaimana DS Shafie mahu memajukan Sabah?
Meski demikian ketua Kabinet baik di persekutuan atau
negeri berkuasa penuh dan apa saja cadangannya kekadang ahli kabinet hanya main
angguk-angguk atau paling-paling diam macam lembu dan itu yang terjadi terhadap
kasus 1MDB dan jika ada yang bertanya dan minta diambil perhatian/kaji, siasat
maka yang berkenaan dipecat gantung jika bersuara di luar kabinet dan inilah
yang berlaku terhadap diri DS Shafie Apdal.
Kuasa Menteri persekutuan ialah menyalurkan kewangan/dana
ke negeri-negeri seluruh Sabah. Misalnya kuasa menteri KKLW yang pernah
diduduki oleh DS Shafie Abdal salurkan peruntukan ke Negeri-negeri di Malaysia
termasuklah Sabah dan Sarawak.
Yang disalur ke Sabah, itu bakal dikuasai oleh Ketua
Menteri selaku pengerusi kabinet Sabah dan biasanya yang berjuta kena kelulusan
Ketua Menteri sendiri dan kekadang terserah kontraktor mana ia mahu untuk
melaksanakan sesuatu projek dan dalam masa sama Menteri KKLW tidak berkuasa dan
kuasanya hanyalah mempastikan projek itu dilaksanakan oleh kontraktor yang
negeri pilih.
Bagi projek=projek di Bahagian/Daerah itu disalurkan
kepada pejabat daerah masing2 dan di sinilah telah ditentukan setiap peruntukan
yang disalurkan kepada pejabat daerah Membakut misalnya mesti kelulusan MP
Kimanis atau YB di DUN di kawasan parlimen dan itulah peraturan yang
dipraktikkan.
Pernah ada yang datang ke Kuala Lumpur dan menemui DS
Shafie Apdal untuk mohon peruntukan jalan kampung dan sesudah diluluskan
peruntukan dihantar ke pegawai daerah dimaksudkan dan sesudah diterima, YB di
lokasi menahan peruntukan itu dan diberikan kepada yang lain dan yang awalnya
memohon GIGIT JARI.
Nah, demikianlah peraturan-peraturan yang ditentukan di Sabah dan kesannya segala
projek yang dilakukan di Sabah adalah kuasa kerajaan Negeri Sabah sendiri dan
jika seperti peruntukan bakalan air di Kota Marudu yang sejumlah/dekat RM90
juta itu maka kelulusan ketua menteri melalui kementerian kewangan Sabah
diperlukan dan bila demikian maka kita tahu siapa saja yang melaksanakan projek
itu dikasih secara award kepada kroni dan sebagainya.
Bila diberikan secara award/anugerah maka yang tadinya
sejumlah RM90 juta, paling-paling diguna untuk laksanakan projek tersebut
sekitar RM40 juta saja. Nah, YB Parlimen Kota Marudu tentu tahu isu berkenaan
yang pernah tertangguh 3 tahun kesan berebutan.
Inilah kekadang masalah orang lain tidak tahu dan
kesannya mereka salahlah DS Shafie Apdal melulus tanpa melibatkan kerajaan
Negeri Sabah sendiri yang maha berkuasa.
No comments:
Post a Comment