OLEH: SORAYA EGG
Selasa September
06/2016
1.SUHU politik negara semakin memanas sementara
menunggu parti Bersatu mendapat kelulusan pendaftaran manakala di Sabah akan
muncul sebuah parti bumiputra Islam hanya menunggu waktu dilancarkan oleh Shafie
Apdal DSSA untuk alternatif dan saingan UMNO yang semakin merosot sokongannya
dari pengundi atas pagar.
2.Bahang panas mulai dirasai oleh pemimpin UMNO dapat
digambarkan melalui gerakan serangan mereka terhadap pemimpin pembangkang dengan menggunakan isu isu peribadi seksualiti untuk
menghancurkan karier politik tokoh pembangkang dan berbagai ancaman akta akta
hasutan serta melebalkan rakyat mencari kebenaran sebagai subversif komunis.
3.Kegusaran
ini menghantui umno menyelusuri rekod pencapaian mereka semasa PRU 12&13
adalah hambar dan terburuk pencapaian parti Melayu dalam sejarah
pemerintahannya kehilangan 2/3 penguasaan parlimen dan kemerosotan undi
populariti.
4.Adalah dijangka untuk menghadapi PRU14 kemerosotan ini
akan berterusan secara lojik politiknya kerana tiada penambahbaikan yang dapat
dirasai oleh rakyat secara langsung malahan beban hidup terus menghantui
kehidupan rakyat baik di kota dan desa.
5.Mengubah parti dan pemimpin tidak bermakna akan
merubahkan institusi Raja Raja dan sistem kerajaan yang sedia ada hanya
perubahan dasar dan penguatkuasaan sistem yang lemah diperbaiki umpamanya
korupsi dan percukaian GST diperkuatkan atau dibuat kajian semula.
6.Kelemahan UMNO menutup pintu kepada mereka yang ingin
memperjuangkan Alip Ba Ta, hanya ahli UMNO menerima pemimpin hipokrit dan
pemburu wang dan pangkat untuk kepentingan membeli kuasa.
7.Tabiat ini berterusan dan tidak pernah diperbaiki
dengan penuh insaf maka golongan saudagar mencari keuntungan yang menguasai
parti Keramat Melayu ini sehinggalah TPM Zaid memberi amaran umno bukan Bursa
Saham untuk mengaut keuntungan...Alhamdullilah atas kesedaran ini.
8.Mungkin ramai ahli yang kecewa atas amaran TPM itu
kerana harapan mereka tercerna untuk menjadikan parti sebagai lubuk memancing
wang dan golongan ini akan berpaling arah untuk mencari laut yang banyak ikan
untuk tempat memancing.
9.Secara jujur kalau majoriti ahli beranggapan umno bukan
lagi tempat menjana keuntungan mungkin hanya tinggal sedikit ahli yang benar
benar berjuang sebagai penyokong seumur hidup.
10.Adalah menjadi lumrah bila sebuah kumpulan itu tidak
gemar menerima orang bijak dan berwawasan maka kumpulan ini akan memerontak
akan berkumpulan membuat satu ikatan,ini terjadi sekarang lebih ramai orang
bijak di luar parti kerajaan
dan pasti menjadi ancaman besar kepada kerajaan.
11.Bagi rakyat yang berani berubah pastikan menolak
kerajaan semasa kerana harapan cerah akan menanti anda menghadapi Malaysia
Baru.
No comments:
Post a Comment