AMT UMNO TOLONG PECAT ABDUL RAHMAN DAHLAN DARI KABINET DAN AHLI UMNO KERANA DEDAHKAN MO1 ADALAH NAJIB


 
OLEH: KAMARUDDIN  ZAMAN (KL)
Friday September 02/2016


APA bentuk resolusi dan tindakan yang bakal diambil dan dikenakan terhadap Datuk Abdul Rahman Dahalan yang mendedahkan secara rasmi bahawa Malaysia Official 1 (MO!) adalah Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib  Tun Abd Razak.

Tindakan Rahman sebagai orang Ahli  Majlis Tertingg UMNO berani mendedahkan satu-satu persatu siapa sebenarnya MO! Tindakan Abdul Rahman Dahakan mendapat sokongan daripada pihak-pihak tertentu.

Sudah pastinya ahli-ahli majlis tertinggi UMNO yang lain tukang angkat kaki penjilat tukang ampu dan tukang bodek mula mengipas -ngipas hati Prsiden UMNO agar Rahman Dahlan  dipecat seperti  ahli-ahli UMNO yang lain mendedahkan 1MDB.

Sebenarnya tindakan Rahman mendedahkan MO1 siapa orangnya di awal-awal lagi memang merupakan tindakan positif agar rakyat tidak tertanya-tanya siapa MO1 Yang sebenarnya.

Dalam konteks yang sama ramai di kalangan ahli-ahli pembangkang bersetuju terhadap tindakan Abdul Rahman Dahalan kerana berani menyuarakan sehingga berani mendedahkan siapa MO1 yang sebenarnya.

Apapun kita tunggu tindakan yang bakal diambil oleh AMT UMNO terhadap Rahman sama ada digantung keahliannya atau dipecat dari jawatanya yang kini di sandangnya.

AMT UMNO paling pantang sekali kalau  ada  antaranya ahli-ahlinya yang  mendedahkan perkara-perkara songsang memang jadi mangsa keadaaan  seperti ahli-ahli UMNO yang lainnya.


No comments:

Post a Comment