OLEH: NURLIYANA
ABDULLAH
Selasa September
06/2016
MALAYSIA ini
suka sangat sesuatu yang terpanjang, terbaik, terlebar, terbesar, tertinggi
dalam dunia. Memang semuanya terbaik dan meski tidak terbaik maka semuanya
dihebohkan di TV dan Utusan meskipun haprak.
Begitulah
yang kita lihat sekarang ini tetapi hakikat jelas jauh ditinggalkan oleh Jepun
dan korea sendiri dulu paling miskin dan bawah Malaysia sekarang Korea lagi
jauh meninggalkan Malaysia dari segi kemajuan.
Singapura
dulu sama, sekarang Singapura jauh ke depan meski di sana tidak ada hasil
sumberpun dan Singapura beli air murah di Johor dan kemudian proses jual ke
Malaysia lagi berlipat ganda harga dan di situ kebijaksanaan kepimpinan
Singapura menggunakan otak kelas pertama.
Malaysia
sekarang ini mahu ditinggalkan oleh Indonesia yang penduduknya dekat 300 juta,
10 kali ganda ramai banding Malaysia dan Vietnam juga pernah kalahkan Malaysia
ketika tanding bola sepak dan dibanding dengan ekonomi Mynmar kelihatanya
hampir sama dan presiden Philifina berani melawan PBB siap keluar dan itulah
kehebatannya negara di sekeliling kita sekarang ini.
Apanya
yang terbaik di Malaysia ini? Memang Malaysia ini amat terkenal sekarang.
Terkenal seluruh dunia dan kalau dulu terkenal kesan orangnya dikata tinggal di
atas pokok dengan hanya berpakaian cawat dan beraknya di bawah kolong rumah dan
orientalis barat seperti Francis Light, Raffle dan banyak lagi mengatakan orang
Malaysia suka hiburan, suka main gitar dan suka buang masa serta pemalas.
Sekarang
dengan adanya UMNO kata PM menjadikan semuanya terbaik dan terhandal terbilang
terpanjang, terlebar, tertinggi dan kononya tidak TEMBIRANG.
Memang
hebat ini Malaysia dan Sabah yang kaya sumber alam memang rakyatnya 3 juta
semuanya kaya dan ramai orang asing datang sebab demi/untuk penuhi visi
Mahathir mencapai umat 70 juta.
Memang
hebat UMNO bawah pimpinan Najib bukan saja di Asia Tenggara, malah terhebat
terkenal seluruh dunia termasuk terkenal di kerajaan Ayah Pin yang pimpin
kerajaan langit.
Raja
Arab yang dalam kubur juga tahu dan bangun boleh bercakap dengan Zahid Hamidi
yang RM2.6 bilion itu memang derma Raja Arab yang setahun sudah mati. Setelah
dijelaskan Raja Arab mati kembali. hebat.
Memang
hebat orang mati boleh Malaysia bangunkan untuk jadi saksi menyatakan sah derma
dari mereka dan tidak ada keajaiban semacam itu dilakukan oleh
kerajaan-kerajaan dalam dunia selain
Malaysia yang memang hebat terbilang islam hadhari, negara islam contoh judi di
sana sini.
Memang
hebat dan termasuk pemimpinnya perampok nombor satu dan rasuah nombor satu
dalam dunia dan memang bijak kata seorang PM Malaysia.
Kemudian
diakui oleh menteri Kewangan Malaysia, disahkan oleh pengerusi BN Malaysia dan
disaksikan oleh penasihat 1MDB dan kemudian dibenarkan oleh ketua bahagian UMNO
Pekan. Yang lainpun angguk-angguk macam lembu di kondo Sharizat lesap 250 juta.
Siapa
saja yang menjawat jawatan-jawatan yang saya sebutkan itu dan rupanya beruk,
kera, urang utan, monyet, ular dan segala haiwan tahu sangat dan ketawa
terbahak-bahak dalam hutan Sipilok dan terkencing terberak di jalanan.
Ini
kalilah!
No comments:
Post a Comment