ORANG KITA SUKAR MENERIMA KRITIKAN SUKA LIHAT KELEMAHAN ORANG LAIN


OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
Tuesday Sept. 20/1016
 
BUKU berniaga kalangan bangsa tionghua sudah ada sekitar 400 tahun lalu dan kalangan orang kita baru saja bermula sejak tahun-tahun kebelakangan
ini.

Memang orang kita ini sukar sangat mahu maju kesan ada beberapa penyakit yang harus diselesaikan.

Pertama jarang sangat bersiap sedia kritik diri dan tidak mahu akui kelemahan diri sendiri sebalik suka sangat melihat kelemahan orang lain tanpa memperbaikinya.

Kemajuan kalangan cina yang memang berusaha dikatakan suka sangat menipu tetapi tidak pula mereka teladani cara bangsa tionghua berniaga sejak kecil dan menjadi budaya sejak berkurun.

Orang kita suka sangat bergaya dan sedikit harta harus punya pejabat yang karpet tebalnya satu inci dan ada seorang pembantu jelita pandai bergaya.
Baru mula niaga, pertama mesti punya kereta mewah sekurang-kurangnya Ninja atau mercedes hutang di bank dan bila projek tidak menjadi maka kereta ditarik akhir jalan kaki naik bas mini hilang gaya bak orang kaya.

Begitulah orang kita, kita orang.Kala bercakapn bukan main hebat tetap projek berjuta atau berbilion dan rancangan yang diperkatakan seolah rangkul dunia tetapi kesannya tiada dan begitulah orang kita cakapnya melebih-lebih. Faham-fahamlah sendiri perangai orang kita/kita orang.

Biasanya kalau berniaganya terus mahu kaya dan tidak mahu belajar asas berniaga atau hal-hal perniagaan yang diceburi dan inilah masalahnya orang kita.

Bila gagal terus berputus asa dan beza bangsa cina yang berbahaya itu merupakan peluang untuk ke puncak jaya.

Orang kita selalu berdoa tolak bala sedang bala itu sebenarnya menjadikan kita tahu di mana silapnya kita dan yang bersemangat berhati waja pasti itu namanya cabaran dan kelemahan yang dilalui itu diperbaiki menjadikan ia hebat meloncat ke atas sebab ramai yang berjaya kesan gagal dan terus berusaha.

Selain itu yang saya perhatikan orang kita ini kata-katanya bukan main hebat dan tahu sangat segala macam teori sebalik bila sampai melaksanakan apa yang ia katakan "indah kabar dari rupa" dan caranya memimpin langsung tidak boleh diguna pakai sebab lain yang dikata lain yang dikotakan. Itulah perangai orang kita/kita orang.

Perangai orang kita suka sangat menjadi tuan besar dan tidak mahu menjadi kuli dan akhirnya apa saja yang orang kita lakukan selalu gagal kesan tidak punya pengalaman dan jauh sangat beza dengan orang tionghua seperti yang saya katakan tadi.


Inilah sedikit gambaran tentang orang kita dan bolehlah dijadikan asas perbincangan kita malam ini.

No comments:

Post a Comment