SHAFIE APDAL BAWA TSUNAMI POLITIK KE SABAH/MALAYA UNTUK GULINGKAN UMNO/BN



( bukan saja di Sabah malah di Malaya)

OLEH: ISMAILY BUNGSU
Sabtu Sept. 24/2016

KEHADIRAN tiap perhimpunan yang dihadiri oleh DS Shafie Apdal di Sabah sejak ia meninggalkan UMNO sesuatu yang diluar jangka.

Misalnya di Tenom sekitar 10,000 hadir dan di Membakut sekitar 5,000 dan demikian juga di Kota Belud bukan petanda mereka mengundi tetapi itu sudah jelas sambutan begitu hangat meski masih ada yang tidak berani memperlihatkan wajah kesan cari makan dalam kerajaan.

" Meski kami tidak hadir kesan kerja di kerajaan tetapi namanya mengundi BN kali ini tidak akan " Kata rata-rata yang ditemui mengatakan sama.

Mereka bertindak bukan seperti dimusim-musim  lalu tetapi kesan kepayahan ekonomi yang kian menyusahkan maka tidak boleh tidak mereka terpaksa tidak lagi mengundi BN selagi pemimpin atasan terus mengakrakan dunia KORUP dan gagal memimpin negara.

Sebenarnya kebangkitan rakyat tempatan hampir sama seperti kebangkitan menjatuhkan USNO dan BERJAYA di musim lalu dan tidak hairan perkara sama akan berulang kesan sistem yang diamalkan oleh BN bawah pimpinan Najib banyak sangat merosakkan ekonomi negara dan dana negara hilang begitu saja hingga menghimpun hutang berbilion dan dana negara mengalir ke luar negara memasuk akaun sendiri.

" Jika perhutang untuk bangun negara itu kewajiban, tetapi jika berhutang untuk kepentingan diri dan dana masuk ke akaun sendiri itu sama sekali tidak kami benarkan" Kata ramai orang yang ditemui.

Kebencian rakyat Sabah bukan kerana mereka yang tinggal di Semananjung, tetapi kesan kepimpinan atasan UMNO yang bertindak mengguna wang negara sesuka hati mereka.

" Majoriti orang Semananjung Malaysia baik dan sama tidak suka kepimpinan UMNO dan yang tidak disukai itu hanyalah kabinet Najib yang main angguk-angguk  dan tidak berani membantah apa saja mahunya Najib. Rata-rata mereka bacul dan pengecut" Kata mereka lagi.

Memang tidak dapat dinafikan jika penyatuan DSSA menjadi bersama USA/PH maka ini merupakan mimpi ngeri buat BN di Sabah dan kerana itu BN berusaha sangat agar penyatuan ini benar-benar terjadi.

" Cuma kita tidak mahu ada antara 18 parti yang baru ada di Sabah itu menjadi barua BN dan mendapat dana kayakan diri dan jika ini ada seperti yang diperkatakan, maka kita bersama hapuskan parti yang dimaksudkan" Inilah amaran rata-rata kalangan yang ditemui di Sabah.

Memang tidak dapat dinafikan dengan krisma kepimpinan yang telus dan personaliti yang bersih dan tidak seperti pemimpin-pemimpin  lain, maka kehadiran DS Shafie Apdal sebenarnya merupakan Tsunami bukan saja di Sabah malah akan merubah kepimpinan di Malaysia dan kita yakin BN akan tersungkur di PRU14 akan datang ini.


No comments:

Post a Comment