SHAFIE UCAP SELAMAT HARI MALAYSIA( sempena 16 September) ii


OLEH:- ISMAILY BUNGSU
Jumaat Sept 16/2016

HARI ini saya dan DS Shafie Apdal bercakap hal HARI MALAYSIA dan pertama yang ia katakan bahawa hari Malaysia yang jatuhnya 16 September ( hari ini) bukan sekadar pengucapan tetapi ada yang lebih penting dari itu.

" Yang lebih penting bukan pengucapan dan bukan 16 september, sebalik ialah pengisian yang mengutamakan kepentingan negara bangsa dan agama. Kita mahu kehidupan yang lebih baik, lebih makmur, bahagia/aman damai, selamat dan tidak dalam keadaan ketakutan" Katanya.
Apa maknanya kita raikan Hari Malaysia kalau rakyat kian susah, keselamatan terganggu dan rakyat dilarang bersuara dan menyuarakan yang benar atau hak merupakan satu kesalahan dan siap dihantar ke penjara atau pecat?

" Ayah dan ibu melahirkan kita dan tentu mereka mahu hidup kita lebih baik banding kehidupan mereka dulu tetapi kalau keadaan lebih susah, apa maknanya hari Malaysia itu?" tanyanya dan kerana itulah di Malaysia ini ada wakil rakyat, ada YB dan ada menteri untuk membincangkan dan berusaha lebih keras untuk membawa rakyat ke arah hidup yantg lebih bermakna.

Kita telah meraikan hari merdeka pada 31 Ogos itu dan hari ini kita raikan pembentukan negara Malaysia dengan harapan seluruh rakyat Malaysia mengimpikan sebuah negara yang makmur, aman bahagia serta keadilan/kesaksamaan itu dapat ditegakkan menjadi kenyataan.

" Apakah benar keadilan dan kesaksamaan itu sudah kita tegakkan dan apakah Sabahan itu sudah terkeluar dari dunia kemiskinan?" Tanya DS Shafie Apdal lagi.
DS Shafie menekankan yang masalah dadah dan sebagainya di Malaysia terutama di Sabah bukan dicipta oleh orang lokal tetapi kesan orang asing yang datang bebas ke Sabah tak terkawal.

" Kerajaan Filifina siap menggerakkan tentera mereka untuk menghapuskan mereka yang melakukan kejahatan termasuk mereka yang mengedar dadah dan apakah kita hanya melihat dan membiarkan mereka masuk ke kawasan kita?" Katanya sambil mengharapkan kerajaan Malaysia terus memberikan kerjasama secara lebih agressif untuk tangani masalah berkenaan terutama yang terjadi di pantai timur Sabah.

Merdeka tidak bermakna kalau bersuara demi kebenaran dihantar ke penjara atau dipecat gantung dan sesudah digantung baru mereka katakan diarah melawan atau bertanding di pemilihan parti.

" Saya dipecat, gantung dan sesudah di luar parti barulah ia bersuara atau saya diajak bertanding dan ini bukan caranya " Kata DS Shafie lagi dan ini juga bukan caranya kita mengisikan makna merdeka itu dan bukan caranya kita bersama menubuhkan negara yang bernama Malaysia.
Merdeka dan penubuhan negara Malaysia itu visinya jelas untuk keadilan, kesamarataan dan tidak ada aniaya dan tidak ada kebencian di kalangan rakyat meski beza agama, bangsa, budaya serta fahaman.

" Baik kita ini dusun/kadazan, murut, iban, bisaya, brunei, rungus, suluk, bugis dan atau melayu dan sebagainya ikut undang-undang sebagai rakyat Malaysia maka itu harus kita akui sebagai Malaysian dan bukan rakyat asing termasuklah cina/india/pakistan yang diiktiraf dan sah dari segi perundangan"

Katanya dan sebagai rakyat Malaysia semua kena bertanggungjawab mengwujudkan perpaduan, kemakmuran dan sama mempertahankan negara Malaysia.


No comments:

Post a Comment