MP SANDAKAN NASIHATKAN PENDUDUK SRI TAMAN AGAR TIDAK MEMBUANG SAMPAH DI MEMERATA TEMPAT

OLEH: SHAIMON S JUMADI
Tuesday  Sept. 27/2016
SANDAKAN:- Sikap sesetengah penduduk Sri Taman yang kurang bertanggungjawab soal  menjaga kebesihan alam sekitar dengan membuang sampah sesuka hati saja memerata tempat telah menimbulkan pelbagai  reaksi   dan kontraversi di kalangan penduduk setempat.
Sepatutnya para penduduk berkenaan telah menyedari bahawa sekarang di Negara ini sedang dilanda wabak virus Zika yang datangnya dari seekor nyamuk Aedes yang boleh membunuh  manusia.
Jadi dengan itu para penduduk berkenaan sentiasa berwaspada dan sentiasa menjaga kebersihan  agar  dapat mengelakan  dari  diserang virus Zika yang amat berbahaya itu
Dengan perbuatan orang-orang  yang tidak bertanggungjawab itu Ahli Parlimen Sandakan YB Stephen Wong Tien Fatt (DAP) telah menerima aduan bahawa terdapat kenderaan terbiar di Sri Taman lebih daripada satu tahun dan telah dijadikan tempat pembuangan sampah oleh penduduk tempatan yang tidak bertanggungjawab dan juga tempat takungan air untuk pembiakan nyamuk Aedes.
Hal ini amat membimbangkan dan boleh menimbulkan masalah kebersihan dan kesihatan kepada kedai makanan berdekatan dan kawasan perumahan tersebut.
Beliau berkata bahawa lokasi kenderaan tersebut dibiarkan merupakan kawasan pengurusan MPS dan ia berdekatan dengan sebuah restoran. Beliau mempersoalkan MPS mengapakah tidak ada tindakan diambil sedangkan keadaan ini akan membawa masalah kebersihan kepada restoran berdekatan dan juga menjejaskan kebersihan kawasan perumahan tersebut.
"MPS mempunyai tanggungjawab untuk mengalihkan kenderaan tersebut dan membersihkan 2. kawasan tersebut supaya kebersihan dan kesihatan penduduk tempatan dapat dijamin.
 MPS tidak patut membiarkan begitu sahaja, sedangkan MPS menggesa orang ramai untuk menjaga kebersihan persekitaran, tetapi sendiri gagal melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan." katanya Wong.


No comments:

Post a Comment