OLEH:
AZMIE AZMAN
Monday
Sept. 19/2016
SANDAKAN:- Kerajaan
tidak harus melakukan pembekuan asset terhadap
majikan yang mengambil pekerja
asing tanpa izin di Negara ini.
Walaupun
dari segi ekonomi, DAP menyokong negara mengurangkan kebergantungan pekerja
asing dan beralih kepada industri berproduktiviti tinggi berasakan pengetahuan.
Ahli
Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt berkata demikian kepada media disini kelmarin antara lain menjelaskan namun
proses tersebut mengambil masa yang
panjang dan kerajaan haruslah memberi bantuan kepada majikan untuk memulakan peralihan, bukanlah melakukan penindasan terhadap
industri dan majikan yang sedia ada untuk mengurangkan pekerja asing.
Wong
berkata: “ Ini adalah tidak munasabah dan amalan yang tidak realistik... Pada
masa ini, banyak industri masih memerlukan tenaga kerja, tetapi disebabkan
sistem kuota di dalam dasar pekerja asing negara ini, ramai orang tidak dapat
rekrut pekerja asing sah yang mencukupi dan menghadapi masalah kekurangan
tenaga kerja.”
“Hal
ini memerlukan dasar untuk bekerjasama dan membantu satu sama lain, tidak patut
membiarkan kemerosotan industri berlaku kerana ia tidak membantu kepada
perkembangan ekonomi.”
Wong
berkata demikian dalam kenyataan diterbitkan di Kota Kinabalu. Katanya,
satu-satunya cara untuk mengurangkan pekerja asing yang tidak sah adalah
menggalakkan orang-orang tempatan untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja yang
berkenaan.
Beliau
berkata: “Melainkan daripada menaik taraf industri tradisional dengan
beroperasi jentera supaya rakyat boleh mendapatkan pendapatan yang lebih banyak
dan melibatkan diri dalam kerja teknik dan intelektual. Jika tidak, kita masih
perlu bergantung kepada pekerja asing untuk kerja-kerja yang tidak dilakukan
oleh warganegara.
Ini
merupakan isu ekonomi, kerajaan haruslah pandang berat dan mendapatkan
penyelesaian yang sewajarnya.”
Katanya,
beliau telah mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen, merujuk kepada
kesukaran utama yang dihadapi oleh ladang kelapa sawit, kekurangan tenaga kerja
untuk menjalankan kerja-kerja ladang kelapa sawit dan oleh sebab itu,
mewujudkan keperluan terdesak untuk membawa pekerja asing yang banyak untuk
memenuhi kekosongan kerja-kerja tersebut.
Wong
berkata: “Oleh itu, kerajaan haruslah mewujudkan pelan jangka panjang sementara
memberi kelonggaran membolehkan pekerja asing untuk mengisi kekosongan kerja
semasa supaya melalui penaiktarafan industri, rakyat boleh mencari pekerjaan
dan pendapatan yang lebih lumayan, ini merupakan cara win-win.
Abaikan mana-mana pihak atau menindas
mana-mana pihak adalah tidak membantu kepada perkembangan ekonomi.”
No comments:
Post a Comment