OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Wednesday
Sept. 21/2016
TIDAK boleh
tidak di PRU14 kita kena tumbangkan BN. Kita sudah cukup bersabar. Kita sudah
cukup menahan luka. Kita tidak berupaya lagi. Kemiskinan menekan-nekan dan
menyeksa rakyat jelata.
Hidup semakin susah sedang
pemimpin bermewah-mewah, kaya raya dan asyik membutakan mata dan menulikan
telinga rakyat.
Kekayaan kita melimpah ruah tetapi
kenapa kita jadi miskin papa dan kenapa pendidikan asas paling tersorot sekali
di Malaysia?
Rakyat Sabah terlalu baik
sangat. Rakyat Sabah terlalu bertimbang rasa. Rakyat Sabah terlalu bertolak
ansur dan kesannya kepala kena pijak oleh mereka yang di atas.
Memang kita akui tidak
semua yang di atas terutama dalam parti pemerintah jahat dan ada yang baik
tetapi mereka tidak terdaya melawan sebab melawan bermakna mati, melawan
bermakna susah, melawan siap digantung dan pecat susah anak bini nantinya makan
meski rezeki itu ada di mana-mana.
Sekarang ini segala barang
mahal sedang pendapatan berkurangan dan tidak berganjak langsung dan kehidupan
memang penyepit dan membengkak.
Tiap tahun beribu lulusan
universiti meninggalkan kampus untuk mendapatkan kerja tetapi luang kerja
kurang dan akhirnya mereka menganggur.
Syarikat-Syarikat besar dan
terkenal golong tikar dan ramai dibuang kerja balik kampung usaha sendiri
tetapi di kampung juga makin susah dan para ibu bapa tidak lagi mampu
menghantar anak ke universiti kesan pendapatan susah dan biayai universiti
mahal sangat.
Yang selesai di sekolah
menengah hanya diam di kampung dan untuk menjadi pertani tanah susah dapat dan
biasanya milik orang asing yang tidak dikenali dan tanah-tanah beribu ekar
milik syarikat dari luar negeri dan kalau adapun kroni menteri memiliki
semuanya.
Bukit lurah hingga ke pulau
dianugerahkan kepada mereka yang berjasa kepada parti konon balasan dan
kemudian dijual kepada orang asing, sedang rakyat tidak diberi peluang langsung
untuk memilik tanah dan yang ada hanyalah tanah warisan yang menjadi kelahi
famili.
Inilah sebahagian gambaran
bangsa kita yang terus mahu menggapai awan tetapi tak kesampaian tangan tak
sampai dan akhirnya mereka hanya melihat lelangit dalam kamar sambil menatap
masa depan yang samar dan gelap.
Ini aku di sini terus
bertanya tetapi pertanyaan selalu saja menjadi teka teki dan teka teki menjadi
persoalan dan persoalan pula terus mengundang curiga di hati dukalara pahit
terasakan.
Apa saja yang terjadi di
sekitarku ini dan yang aku lihat rakyat ada yang masih tidur seolah tidak tahu
dan sampai waktunya kamu semua akan penjadi pelarian di tanah bumi air sendiri.
Kita kena ubah dan Ubah
Sabah.
No comments:
Post a Comment