OLEH: ISMAILY BUNGSU
Rabu Sept, 07/2016
MEMANG Datuk Seri Shafie Apdal - DSSA selalu menghubungi saya
dan kekadang terlepas jawab kesan sama-sama sebuk dan hari ini kami berbicara
lagi dan kekadang bercakap/bicara dengan DSSA banyak sangat nasihat/ pandangan
yang cukup bernas dan itu menyebabkan saya semakin kenal diri dan semakin
mengecil di tengah-tengah dunia politik yang mencabar.
Biasanya ketika DSSA telefon, ayat pertama yang
diucapkan ialah "apa kabar haji dan famili?" itulah ayat selalunya
dan selalu DSSA doakan agar sihat dan baik2 serta sabar selalu.
Hari ini ia katakan bila kita menulis usaha elak kata2
sombong dan bongkak seperti yang orang lain lakukan dan itu menyebabkan saya
terdiam sebentar dan memang itu selalu saya elak dan katanya "biarlah kita
banyak merendah diri " tambahnya dan itu menyebabkan saya terharu sangat.
Memang saya terdiam dan terharu sangat. Tidak pernah
saya menerima nasihat orang lain sedemikian rupa. Terima kasih ya Allah!
Kemudian ulang-ulang ia bangkitkan soal rakyat dan
DSSA mahu melihat keadaan rakyat sekarang ini yang hidup kian susah kesan
pendapatan kurang, harga barang naik, luang pekerjaan kurang, banyak syarikat
tutup dan pembuangan pekerja menjadi-jadi dan ini harus diutamakan.
" Saya bersetuju tulisan haji yang mengatakan BN
lemah dan pembangkang juga berpecah, tetapi semuanya rakyat yang menentukan
nanti " Katanya dan kuasa mutlak itu rakyat yang menentukan. Rakyat
berkuasa menentukan sesebuah kerajaan.
" Kerana itu kita harus kembali kepada rakyat dan
kita kena jelaskan kepada rakyat bahawa yang menentukan sesebuah kerajaan itu
ialah rakyat bukan parti dan tidak salah kalau kita merubah kerajaan dan dicari
pemimpin yang lebih berwibawa dan dapat memimpin rakyat ke arah yang lebih
baik"
Katanya dan sambil itu banyak kerajaan yang memerintah
di dunia seperti di Amerika, Korea, Jepun, Thailand, Indo dan banyak lagi
sering berubah dan yang merubah itu ialah rakyat.
Memang rakyatlah yang menentukan siapa yang berkuasa
tetapi kerajaan yang diamanahkan itulah yang dapat merubah keadaan kehidupan
rakyat bukan rakyat/rakyat harusnya dipandu dan itu disentuhnya kesan hutang
yang sekarang mendekati 900 bilion dilakukan oleh kerajaan dan bukan rakyat
tetapi bebannya rakyat yang menanggung membayar hutang berkenaan melalui GST.
" Cuba Haji lihat keadaan rakyat di kampung-kampung
sekarang kesan harga getah jatuh dan
sawit juga jatuh harga, pendapatan atau gaji tidak berganjak dan harga barang
kian mahal tak sesuai dengan kos hidup dan yang jelas rakyat perlu makan dan
anak-anak perlu ke sekolah dan universiti tetapi kos universiti mahalnya bukan
main/bagaimana rakyat di kg mampu membiayainya? " kata DS Shafie dan
memang apa yang diperkatakan itu benar.
" Soal perkara 20 itu sudah lama dibincang dan
bagaimana kita mahu melaksanakan itu termasuk MA63 jika kita tidak berkuasa? Yang
harus melaksanakan itu bukan rakyat tetapi BN yang berkuasa dan tentunya MUSA
AMAN lebih tahu dan itu hanya diputuskan oleh kepimpinan yang memerintah
sekarang. Untuk menguar2kannya jelas itu membuang masa dan sekarang kita fokas
perut rakyat dan kesusahan rakyat" Itu lebih utama katanya.
Ketika kami bercakap sebentar tadi DS Shafie
menjelaskan program jelajah selanjutnya di Tawau dan Kudat termasuk Papar,
Sipitang dan banyak lagi.
" Jemputan banyak sangat dan kita usaha
perlahan-lahan tidak perlu gopoh dan kita mahu rakyat faham dulu dan sesudah
faham baru mudah rakyat menentukan sama ada mahu kekalkan BN atau sebaliknya
dan kita kena jelaskan secara terus terang sebab kehidupan rakyat di tangan
rakyat sendiri yang tentukan melalui kuasa undi" jelas DS Shafie dan
memang banyak lagi yang harus diperkatakan.
" Peluru jangan dihabisi kena simpan untuk nanti
menyerang " demikian saya jelaskan dan DS Shafie ketawa dan boleh saya
bayangkan bagaimana DSSA ketawa dan di wajahnya jelas selalu saja tenang,
santai cukup sabar.
" Isya Allah akan saya jelaskan di Tawau
nanti" Katanya dan sesudah itu perbincangan kami sampai di situ dan
katanya akan hubungi saya lagi esok atau lusa sambil diperkatakan cerita lain
yang rasanya lebih menarik.
Yang paling menarik katanya tadi agar saya himpun
semua tulisan-tulisan saya dan bakal ia
bukukan dan itu cukup mengharukan saya kesan memang sudah ada yang bakal
membiayai penerbitannya katanya tadi.
Terharu
terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
terima kasih
Terima kasih
Terima kasih
No comments:
Post a Comment