ENJELASAN DARREL KENAPA BERSAMA SEORANG WIRA BAJAU MEMANG MEMBANGGAKAN!!



OLEH: HJ HAMZAH HJ ABDULLAH
Khamis Sept. 29/2016

SAYA  membaca penjelasan agak panjang lebar YB Darrel, seorang pemimpin ethnik Kadazan, kenapa sanggup berjuang bersama seorang wira ethnik Bajau YB  Datuk Seri Shafie Apdal.

Intipati hujjah beliau lebih kepada mementingkan politik perpaduan antara ethnik berbilang kaum dan agama di Negeri Sabah. Beliau menyarankan agar dihentikan segera polemik politik yg bersandarkan rasa prejudis dan kebencian kaum.

Syabas YB Darrel!! Moga konsisten atas prinsip dan pendirian yg murni ini. Umat Islam Penampang tentunya berharap agar penentangan penubuhan sebuah masjid di Daerah tersebut dapat juga dikendurkan.

AMANAH Sabah kekal dengan pendekatan prinsip memartabatkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.

Walaupun AMANAH adalah parti MALAYA, ia pasti berbeza dari sudut roh dan fizikalnya dengan parti UMNO MALAYA yg lebih dikenali dgn brand penjajah bentuk baru.

Track politik pimpinan AMANAH Sabah boleh diukur dari komitmen serta pencapaiannya pada usia sesingkat 1 tahun. Kami telah membuktikan bahawa kami memahami prioriti yg mesti didahulukan dlm perjuangan memartabatkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.

Pengorbanan masa dan wang ringgit sudah terbiasa dlm jiwa kami. Sesungguhnya kami adalah anak2 Sabah yg telah dididik dan ditarbiyyah untuk tidak menjadi opportunis politik!!


No comments:

Post a Comment